Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 1]

Terjumpa cinta pertama

Hari ini hari minggu,aku cuti hari ini.My abg masih lagi tidur,aku tak mahu kejutkan dia,td ada kejut tapi dia susah mahu bangun,kesian dia penat, dia sebenarnya baru balik dari kursus 2 hari.Aku tak berapa faham kursus apa sebab itu hal perniagaannya.

Berjoging seorang diri sgtla sunyi tetapi tenang,otak kosong tp segar. Firdaus kat hostel sekarang,kalau tak dia musti teman aku di saat ini. Berjogging bersama dan berkongsi macam-macam cerita. Anak angkatku itu sangat rapat denganku berbanding dgn ayahnya.

Selalunya my abg tidak membenarkan aku berjogging sorang, katanya tak mahu siapa-siapa ganggu aku.Ada ke dia cakap macam tu,sapela nak ganggu aku dan apa maksud gangguan dia tu.Aku segaja buat-buat tidak faham.

Pagi yang indah ini mendamaikan,embun pun masih belum kering, rumput basah sana sini, ada burung bising di dahan-dahan pokok,kicauan kedengaran mengasyikkan. Aku berlari perlahan di lorong buatan di taman cantik ini. Pokok bunga keliling mencantikkan persekitaran. Kelihatan tidak ramai yg berjogging, tp ada yang datang sorang mahupun berpasangan.

Ku berlari enak dan mula menarik earphone dari poketku.Mahu mendengar lagu,rasa bosan bila tiada teman sembang. Lagu dibuka dan kedengaran lagu ‘INILAH CINTA-Akim’ berkumandang. Rasa jiwa happy bila mendengar lagu yang agak rancak ini. Bait-bait dialun,melodi keriangan mengambarkan bertanpa gembira si penyanyi yang telah jatuh cinta.

Berlari sambil berlagu mengikut rentak menenangkan jiwa. Sedikit peluh di dahi dikesat manja, angin pg sepoi meniup, ada rasa sejuk pagi. Tangan dihulur ke dalam poket untuk mencari sesuatu. Yang terpegang adalah kunci rumah, mahu menarik keluar dari poket tapi terlekat plak pada kain seluar, sambil berlari aku cuba menanggalkan sangkutan, spt susah,lalu mata memandang ke sisi . Susah betul melekat plak.

Tak sangka….gedebub!!! aku tak segaja terlanggar seseorang. Cepat-cepat mata ke depan memandang siapa. Dia memohon maaf tapi muka dan suaranya terkejut. Aku pun turut terkejut,mula keluar dari mulutku. ‘Awak?!’.Dia tersenyum,aku sangat mengenalinya, dia pun.

Wajah bersih ini sgt ku kenali,mana mahu lupa. Jantung dari td tiba-tiba berdebar-debar. Aku sgt tahu kenape. Dia mula bertanya kabar dan bertanya apa yang aku buat di sini. Dia yang bertshirt dan bersweater ADIDAS berwarna biru laut masih spt dulu.Tiada sedikit berubah.

Kami berbual dan aku spt malu-malu bila berteman dia. Namun dikawal sebab tidak mahu dia berasa lain. Ringkas perbualan tapi padat, kami bertukar kabar,berbual hal serta status masing-masing. Dia masih single katanya. Aku tersenyum sipu-sipu. Ada bau bila mendekatinya, bauan wangian yang aku sgt rindu-rindukan suatu ketika dulu.

Larian jogging diteruskan bersama, rasa seronok tiba-tiba datang dibenakku. Aku tak tahu nape. Dia yang banyak bertanya dan aku menjawab apa yang patut. Setelah kami berpisah kira-kira hampir 3 tahun yang lalu,khabar terus terputus.Mana dia pergi aku sgt tidak mengetahui. Lagipun masa itu ada masalah yang ditanggung aku membuatkan aku hanya membiarkan dia pergi.

Dia ialah Aubri,lelaki yang kini berumur 26 tahun.Tinggi yang hanya 172cm,berat yang agaknya 70kg rasaku.Berkulit putih dan memiliki wajah yang sangat menarik.Orangnya yang up to date, baik dan mempersona siapa yang mendekati. Bagaimana aku mengenalinya terlalu panjang untuk diurai,lagipun ada beberapa sejarah yang harus diingat bila menyebut pasal dia.Seimbang manis mahupun sedih. Tidak mahu aku memikirkan sgt.

Dia berlari seiring aku,berbual manja.Ada tanda happy padanya. Aku tersenyum dan terus tersenyum, rasa seperti ada rindu yg lama tersimpan telah terubat. Riang di jiwa serta jantung dari tadi tidak habis-habis berdebar.

Banyak memori bersamanya,yang buat aku sgt suka padanya. Ya…dialah Cinta Pertamaku. Aubri kaulah pertama yang menarik minat dan membuka hati ku. Nape aku berkata begitu hanya aku yang tahu. Abg tidak tahu dan apatah lagi Firdaus. Dia? Aku kurang mengetahui sama ada dia tahu atau tidak. Tapi itu tidak penting kerana seperti rindu ini terubat bila tidak secara tak sengaja terjumpanya di sini.

Matahari mula menampakkan cahayanya,embun di rumput mahupun daun di dahan mula mencair menuruni mereka. Ada burung terbang menuju ke destinasi masing-masing. Manusia yg turut berjoging di sini berjogging dengan rentak masing-masing. Namun ada juga yang berjalan shj dan berehat.

Kami ternampak sebuah kerusi rehat.Setelah terasa sedikit penat kami berhenti rehat di kerusi tersebut. Earphone mula disimpan di poket balik setelah lama dah mematikan lagu bila terjumpa dia tadi.

Kami sambung berbual, kelihatan rancak dan aku sangat senang dengannya. Masing-masing bersama cerita yang ingin dikongsi masing-masing. Rupanya dia sudah bepindah ke negara ini setelah berhijrah ke UK tiga tahun yg lepas. Baru seminggu menetap di bandar ini.Sangat senang bila mendengarnya.

Tiba-tiba ada getaran dari dalam poketku,tone h,set lagu ‘Inilah Cinta’ berbunyi. Rupanya abg memanggil…ku pandang sekejab dia di sebelah, dia tersenyum.

BERSAMBUNG……….

No comments:

Post a Comment