Follower(s)

Sang burung ini...

[Episode 12]

Agak ramai pengunjung panggung malam ini, agak bersesak tika keluar tadi tapi takdela seramai weekend kot. Aku bersama beberapa yang lain agak puas setelah menonton wayang, story not bad dan sesuai ngn my type.
Mereka bersembang sesama sendiri kecuali aku yang hanya diam melayan perasaan sendiri, ada beberapa orang melanggar aku tika mereka laju keluar dari panggung, mahu ke tandas agaknya sebab lama melayan movie. Tangki dah penuh la tu…

Tiba-tiba ‘awak bekerja di Café tu sekali dengan Flio ke? Pernah pergi sekali tapi tak perasan kamu pun?’- Amzi. Tiba-tiba aje dia,Amzi menegur mungkin sebab melihat aku diam atau mungkin ingin beramah mesra denganku kot, tidak mahu aku kekok di kalangan mereka lagipun aku kan keluar dengan mereka. Amzi adalah sahabat pada Flio, baru tadi aku mengenalinya sebelum masuk panggung.

Tadi pun just say ‘hai’ to him, tak berbual sangat pun. Dia juga seperti biasa tidak melayan untuk berbual denganku sgt mungkin sebab melihat aku agak pasif, orangnya pula boleh tahan, tinggi sedikit dari ku dan berkulit agak cerah, manis dan hensem, mesti telah menjadi kegilaan ramai orang tekaku.

‘Ooo..ya ka? Tak pernah nampak ekk? Tak perasan kot, mungkin hari tu saya kat kitchen’-Rickie. Aku tersenyum tika menerangkan, kami tetiba rancak berbual sementara yang lain sibuk mengomen cerita yg baru sahaja selesai kami tonton tadi.
Setelah keluar dari mall kami mula mencari gerai mkn, mahu minum-minum kata mereka, aku yang tak biasa pun join mereka sekali. Amzi seperti dah mula senang dengan aku tambah-tambah aku mula ramah dengannya. Sesekali di dalam kereta terdengar hiruk pikuk suara kami bergelak ketawa bila ada antara kami mula membuat lawak.

Kereta yang dinaiki kami menuju ke sebuah kedai makan yang tidak jauh dari mall. Kami tiba di kedai makan yg bernama Versally dan kami disambut ramah oleh pelayan di situ.Kami memesan apa yang patut, aku cuma memesan minuman kerna tidak lapar sangat.
Ringtone hanset ku berbunyi tiba-tiba, laju aku mengangkut, di telephone tertera nama bos aku. ‘Mana pergi? H,set off je? Puas saya call kamu?’-Danial. Bertalu soalan diterima dari bos kepada aku. ‘Oh saya keluar tgk wyg bersama Flio dan member dia tadi, dalam panggung saya off hanset’-Rickie. Berhemah aku menerangkan padanya.’Kamu di mana? Saya datang ambil kamu sekarang..!’-Danial. ‘a..a…dekat…tapi kenapa ya bos?’- Rickie, aku melihat semula nama kedai makanan ini untuk memberitahu Mr Danial. Versally kataku…namun sebelum sempat aku bertanya soalan selanjutnya…’tut…’ h,set dari sebelah sana dimatikan. Kehairanan sekejab sambil memandang Flio dan yang lain.

‘Bos nak apa?’-Flio. Dia bertanya padaku. ‘Entah…katanya nak datang ke sini untuk mengambil aku’-Rickie. Flio kehairanan dan memandang yang lain, aku buat muka selamba, buat-buat tidak faham kenapa.Memang aku tak paham pun, tapi ada rasa senang bila encik bos mahu mengambil aku di sini.

Selang 20 minit rasanya, bos tiba. Aku melihatnya laju menuju ke sini. ‘Maaf Flio, aku meminjam Rickie sekejab!’-Danial. Flio mahupun aku tak sempat berkata apa-apa lalu tangan aku ditarik, yang lain yang turut berada bersama kami terutama Amzi kehairanan dengan tindakan Mr Danial.

Sesampai di kereta, dia memandang aku, sedikit riak marah pada wajahnya , aku dari tadi tertanya-tanya mahu menanyanya tapi sebelum sempat…’Nape matikan h,set?’-Danial. Sedikit tegas suaranya. ’Nape bos?Nape dengan tergesa-gesa ni?’-Rickie.

‘Mulai hari ni…saat ni…jgn panggil saya bos lagi!’- Danial. Aku terdiam, seperti tidak paham. ‘Rickie, sudikah kamu menjadi pasangan saya!? Menjadi teman istimewa saya!?’-Danial. Terlopong aku, aku memandangnya tidak berkelip. ‘Sudikah kamu?’-Danial, sekali lagi dia bertanya. Gurauan apakah ini?..

No comments:

Post a Comment