Follower(s)

Sang burung ini...


[Episode 11]

Hari ini seperti biasa, walau agak penat semalam temankan abg Arif tapi pagi nih tetap bangun awal untuk pergi kerja, kerja sekarang adalah rutin harian yang wajib, sepenuh ati aku bekerja, lagipun sudah tentu aku bersemangat ke Café Cinta itu sebab ada seseorang yang aku tersangatla tunggu dan mahu melihat wajahnya.

Melihatnya seperti melihat sst yang boleh menaikkan semangat aku, menaikkan ceria aku, perasaan yang dah lama aku tutup untuk seseorang, namun seperti aku telah membuka kembali, apa yang berlaku hari tu merupakan satu takdir bahawa dialah insan yang seterusnya ditakdirkan untuk bersamaku.

Semalam hari terakhir aku bersama Arif, aku sudah berjanji pada dia untuk membawa haluan yang mana sudah lama aku tentukan, dan dia sudah terlambat untuk merubah menda yang telah dia gagalkan dulu. Sampai masa untuk move on, semalam sehabis baik ku melayan dan menerima dia dan ku cuba menyakininya bahawa dia adalah sebahagian sejarah aku yang mana aku tidak mungkin melupakannya.

‘Oit termenung nampak?!’-Flio. Aduiyaii…terkejut aku, kot ya pun bagila salam dulu,ini main sergah aje, dalam bengang tu tetap tersenyum juga, mana boleh marah-marah. ‘Tak de apela-Rickie. ‘Weh, petang nih tgk wyg jom!…lama aku tak tengok wayang nih’-Flio. Aku tersenyum mendengar, sudah lama rasanya tidak tengok wayang, terlupa bila kali terakhir aku menontonnya.

‘Tapi tak penat ke? Kita kan keje rini’- Rickie. Aku bertanya soalan takut-takut ada yang penat, nanti kan takut ada yang tertidur dalam panggung plak.’Ala, dah biasala…kamu nak join x? aku ajak Yu E dan 2 orang kawan lagi, lagipun tak penah sgtla aku hang out dengan kamu, sekali sekala jom!!!’-Flio. Tersenyum aku mendengar, benar katanya aku amat jarang keluar dengan rakan sekerja, banyak masa aku habiskan dengan hal aku sendiri.Hu..hu…

‘Ok jom!’-Rickie, yakin aku membuat keputusan dan dia tersenyum. Katanya dia akan membawa kereta jadi aku tumpangnya sahaja. Dalam 8pm lebih macam tu dia akan menjemput aku di rumah. ‘Cerita apa?’-Rickie. ‘Hurrmmm…will see..’-Flio berkata sambil berlari perlahan kerna ada pelanggan memanggilnya untuk order sst.

Tiba-tiba…’Semalam ok?’-Danial. Sekali lagi aku terkejut, tidak tahu dari mana dia muncul, sedar-sedar dia menegur aku.’Ok kot..rasanya dah settle..’-Rickie. Aku tersenyum…’Baguslah, tak perlu dia mengganggu kamu lagi’-Danial, dia seperti senang hati dan berlalu pergi menuju ke dapur café. Aku pula sibuk mengemas cawan-cawan kotor di meja tinggalan pelanggan.

Hurrmmm…rasa senang hati aku bekerja di sini. Dia sangat mengambil berat, harap berkekalan. ‘Rickie!!!! Datang sini tolong!!!’- Yu E. Saje je Yu E ni, tak leh tengok org senang. Aku bergegas belari ke depan untuk membantunya mengangkat sst.

Dari jauh…kelibat dua orang lelaki seperti sedang berbincang sesuatu dan memandang ke Café Cinta, mereka seperti memerhati kelibat Rickie. Seorang sedang bersandar di kereta dan seorang sedang menghisap rokok.’ Dia ke budaknya? Hurrrmmm agak comel dan masih mentah’-KC. ‘ Ah a…yup! Danny sanggup bertaruh tuh, mcm senang…minta-minta dia tak terjerumus sudahla’- Jay Hee. ‘ Terjerumus? Maksud ko?’-KC. ‘Ha…ha..manala tau, lagipun budak tu boleh tahan, silap-silap Danny yang jatuh cinta’- KC.

‘Jatuh cinta maknanya kalah pertaruhan’-Jay Hee berkata sambil tersenyum sinis pada KC. ‘Kayalah kita ya…’- KC. Sesungguhnya ada hidden agenda di sebalik perbualan mereka berdua ini. Permulaan kesedihan agaknya.

No comments:

Post a Comment