Follower(s)

Adri, Andrian & Ariry [Episode 2]


“Sampai hati ibu tak bagitau saya…kenapa?Kenapa macam ni?Rupanya selama ini aku adalah anak angkat, patutla wajah aku lain dari abg-abg yang lain’’ Andrian sedih mengenang nasib diri. Entah sudah berapa kali air matanya jatuh dan entah sudah berapa kali dia berfikir akan hal ini.

Setelah Andrian tahu akan cerita ini dari makciknya yang tak sengaja terlepas kata ketika memarahinya tadi, dia mula berlari meninggalkan makciknya yang mula membencinya itu.

Di kerusi bangku ini Andrian duduk termenung merantap nasib diri. Langsung tak boleh menerima hakikat. Kenapa selama ini ibunya berahsia begitu juga yg lain.Mati-mati diingatkan gurauan rupanya betul setelah makciknya menengking tadi.

“Kamu ni tak guna! Kau saja racun anak aku supaya berperangai macam kau! Supaya membenci aku. Budak tak sedar diri,tak sedar dek untung, nasib baik ibu kau punggut kau tau tak,kalau tak duduk merempat mati kau kat sampah sarap busuk tu!’’ menyinga perempuan separa gila tu menengking Andrian. Andrian terkejut dan memandang makcikya tajam,memaksa untuk mencari kesahihan kata-katanya. Dia gelabah, baru dia sedar dia terlajak kata.

“Aunty kata apa tadi? Saya anak punggut?! Saya ni anak angkat ke?’’. Andrian bertalu bertanya lupa terus akan hal yg membuat makciknya marah tadi. Dia teragak-agak, tapi bila terpandang anaknya Billy yang tengah membencinya tu, dia menyinga balik.

‘’Ya betul! Ibu kau sengaja rahsiakan akan hal ni! Memang kau anak angkat,anak punggut Andrian!’’dia dengan yakin menghamburkan lagi kata-kata tu.

Andrian terkejut sangat-sangat. Lalu cepat keluar dari rumah tu. Sampai satu tempat Andrian mengeluarkan handset dan menghubungi ibunya. “Hallo nak...Andrian kat mana tu? Semua orang cari Andrian ni?’’ Terdengar suara ibu dari handset milik Andrian, tapi bukan itu yang mahu Andrian dengar.

“Ibu betul ke saya ni anak punggut? Anak angkat?’’ Dengan yakin dan sebak Andrian mengeluarkan perkataan ini. Tapi ibunya di belah sana diam,kemudian suara dia teragak-agak untuk berkata. ‘’Jadi betullah bu! Sampai hati ibu!!’’ Air mata Andrian meleleh jua dan dia mematikan h,set.

Fikirannya tiba-tiba buntu,air mata merembes laju. Andrian berlari,berlari membawa diri. Tika ini hari sudah malam, Andrian sudah tidak peduli sekeliling.Dia kecewa sangat-sangat.

Remaja yang tengah bersedih ini berumur 21 tahun sebaya Adri, hari ini baru dia tahu bahawa dia adalah anak angkat kepada keluarga Puan Adriana. Adriana memiliki 4 orang anak lelaki dan Andrian adalah anak bongsunya yang dijumpai di berhampiran kawasan pembuangan sampah di sebuah shopping complex.

Itulah takdir Andrian, dia yang dijumpai secara tidak sengaja masa itu masih merah lagi mungkin beberapa jam selepas ibunya bersalinkannya. Maklumat lain pasal Andrian tidak diketahui, kerna Andrian dijumpai tanpa pengenalan diri.

Selepas melapor pada polis, Adriana terus meminta kebenaran untuk mengambil Andrian sebagai anak angkat. Dengan menggunakan pengaruh yang ada, procedure untuk mengambil Andrian sebagai anak angkat menjadi senang.


Di rumah milik Adriana sekeluarga…

Adriana menanggis teresak-esak, apa yang didengar tadi menakutkannya, sudahla budak itu menghilangkan diri dari rumah beberapa hari yang lalu kini bila anaknya menghubunginya , anaknya itu menanyakan soalan yang dikira menakutkan baginya.

Asalnya dia mahu merahsiakan akan hal ini selamanya kerana dia sudah menggangap Andrian seperti anaknya sendiri. Tapi soalan tadi telah menceritakan bahawa Andrian sudah mengetahui akan perkabaran sebenar.


‘’Johnny adik kamu….dia bertanya soalan yang tak dapat ibu jawab..” teresak-esak Adriana menanggis. Johnny yg baru pulang dari mencari adiknya terkejut melihat ibunya yang sedang menanggis di sofa.

‘’ Adik hubungi ibu? Adik di mana?’’ Johnny menanyakan ibunya. Adriana menanggis tersedu-sedu, anak keduanya ini dipeluk erat. Dia takut, dia terfikir bukan-bukan. Anak lelaki bongsunya ini lain, dia berperangai suka mengikut perasaan sendiri. Makin risau dibuatnya.

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment