Follower(s)

Andri,Andrian & Ariry [ Episode 3 ]



“Ready! Jom!....” Jesse bersuara lalu memecut keretanya bersama Adri, setelah sarapan tadi mereka rushing bersiap untuk bergerak.Finally mereka berdua akhirnya dapat bercuti bersama tanpa ada gangguan.Planning mereka adalah 3 hari 2 malam di suatu tempat yang hanya ada mereka sahaja.

Jesse telah memilih satu tempat percutian khas, semestinya tempat itu cantik dan nyaman untuk bersama. Bagi Adri ini pertama kali dalam hidupnya dia merasa nikmat cuti betul-betul,sebelum ini hanya anganan sahaja. Setelah Jesse muncul dalam hidupnya,dia tidak sunyi lagi, ada kawan untuk bercakap,bergurau dan bergaduh.Kalau dulu dia boleh dianggap pendiam kini dialah yang paling ceria.Hidupnya makin bermakna. Setelah kematian penjaganya,hidupnya mula berubah dan makin kelam,tetapi nasib baiklah Jesse muncul menghulur tangan.


“Bestkan kalau hari-hari macam ni,bahagia je,tiada siapa yang kacau’’Jesse berkata lembut sambil bibir nya menuju ke pipi Adri. Adri terkejut, abgnya mula nakal “Huish! Fokus drive tu…kang tak pasal-pasal excident nanti” Adri menolak manja,mungkin malu kerna mereka berdua bukan berada di rumah tetapi di dalam kereta.


Jesse tersenyum, orang yang disayangi malu-malu disebelahnya. “ Serius, abg sayang Adri lebih dari nyawa abg sendiri, masa abang mula-mula jumpa Adri abg terkejut, wujud juga manusia macam ni gak ekk…’’. Tersenyum Jesse menceritakan pada Adri akan perihal mula-mula mereka bertemu. “Lol napa plak? Napa abang kata macam tu?” Kehairanan Adri dengan kata-kata Jesse. “ Ya rr…cumel giler, lama abang pandang tau…tak penah ada mana-mana manusia yang boleh buat abang pandang dua tiga kali macam abg pandang sayang, serius hensem…terus abg jatuh cinta masa tu jugak”. Bersungguh ceria Jesse menceritakan pada Adri.


Adri tersenyum kelakar. “ Hu…hu..yala tu…’’ mungkin apa yang diterangkan Jesse seperti terlalu dibuat-buat, namun apa pun Adri tahu insan yang berada di sebelahnya ini betul-betul menyanyanginya. Dan Adri sudah berjanji pada dirinya untuk menghargai cinta itu.


“Sayang…tengok!’’ Tiba-tiba tangan Jesse menunjuk ke luar tingkat kereta. Serentak itu Adri memandang…dan mereka berdua berpandang sesama sendiri, terkejut. “Sama!” Jesse kaget, remaja yang melintas jalan tadi wajahnya seiras Adri. “ A ah! Napa muka dia sama dengan Adri?” Adri sendiri kehairanan. Namun kereta yang dinaiki mereka telah jauh, dan insan yang dilihat tadi sayup aje dikejauhan dan makin mengecil bila dilihat dari pandangan cermin kereta.


“Itu pelanduk dua serupa sayang kot, tak sangka jumpa kat sini…” Jesse berkata dan Adri mengangguk paham. Sedikit terkejut namun perjalanan ke destinasi diteruskan. Apa yang dilihat tadi dianggap kenangan yang tiba-tiba terjadi aje.


Sejam berlalu ...



Akhirnya kereta yang dinaiki mereka sampai di tempat yang dituju. Jesse mula park kereta di parking yang disediakan. Ramai orang di situ, masing-masing bersedia seperti mereka untuk bercuti …


BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment