Follower(s)

Andri,Andrian&Ariry [ Epiosode 7 ]


“Balik sekarang!Mak ngah sedih tuh…” perlahan tapi tegas Mile bersuara, adik bongsu nya ini cukup degil,nasib baik dia bertemu adiknya di sini,tepat sekali tekaannya untuk mencari adiknya di tempat ini.Namun Mile juga cukup kecewa bila adik yang berada di depan matanya ini rupanya anak angkat keluarga diaorang. “Abg balik la…saya bukan keluarga tu lagi, saya nih anak terbuang!” Hiba Andrian melontar kata, apa yang dilafaz sangat dimaksudkannya.Dia sudah jauh hati dengan keluarga itu. “ Kamu jangan nak mengarut, abg tau kamu sedih, lagipun abang sendiri pun tak tahu akan hal ni.Even kamu anak angkat sekali pun itu bukan persoalan, kita dah lama hidup sebagai keluarga,abg dah tak rasa kamu ni orang luar…jangan nak mengarut! Meh kita balik…’’ Tegas Mile menjelaskan sambil menarik tangan adiknya itu.

Tiba-tiba dengan pantas Andrian meleraikan tangan dan sepantas itu juga dia memeluk abang sulungnya itu. Dia menanggis semahu mungkin, senakal dan seliar mana Andrian pun dia tetap sayang akan abgnya ini. Mile adalah abg yang paling rapat dengan Andrian berbanding dua abangnya yang lain. Setelah Mile berpindah setahun yang lalu ke New York atas urusan kerja, hubungan diaorang agak terpisah dan Mile jarang menghubunginya kerana kesibukkan kerja. Johnny dan Harry mereka tidak serapat seperti Mile.Masing-masing gemar buat hal sendiri.

Manakala Adriana pula lebih banyak fokus kepada kerja dan agak busy, cuma sejak akhir-akhir ini dia mula menumpu kepada Andrian tika Andrian makin menunjukkan perangai nakalnya. Selalu hilang dari rumah dan bergaduh dengan rakan-rakan sekelasnya.

“Kalau saya tak balik rumah tu boleh abg? Saya ikut abg balik New York dan belajar kat sana?” Agak terkejut Mile mendengar tapi dengan lembut dia cuba memujuk adiknya, dia tidak mahu ibunya bersedih dan dia sudah berjanji untuk memujuk adiknya pulang ke rumah.

“Abang tak kisah…kita tanya mak,buat masa sekarang,ikut abang balik dulu” lembut dia menarik tangan adiknya masuk ke kereta milik adiknya Johnny, nasib baik dia terjumpa Andrian di rumah kecil peninggalannya dulu.Tepat sekali tekaannya adiknya memang akan ke situ jika ada kelapangan apatah lagi tika bersedih dan mahu bersendirian.Rumah lama itu sudah lama tidak berpenghuni sejak dia berpindah.Rumah itu pernah digunakannya semasa dia masih berkhidmat di Stem Darm dulu.

Di dalam kereta Andrian senyap, mukanya sedih. Matanya agak merah setelah habis menanggis tadi. Nampaknya keputusan ibunya menghubunginya dan menyuruhnya mengambil cuti untuk balik ke sini bagi memujuk adik bongsunya adalah tepat sekali. Ibunya tahu Mile sangat rapat dengan Andrian.

Kereta itu bergerak laju menuju ke rumah milik Adriana. Kepulangan Andrian amat dinanti setelah 3 hari kehilangannya dari rumah, asalnya Adriana mahu menghubungi polis untuk melaporkan kehilangan Andrian, tapi atas nasihat Mile tika ibunya menghubunginya semalam supaya menunggu dia dulu maka dia membatalkan keputusannya. Dan kini keputusan itu adalah tepat. “Kenapa dengan kereta kat belakang nih, laju gila!” Mile bersuara memecah kesunyian , Andrian yang senyap disebelah memandang ke belakang. Muka Mile berkerut,dia pelik, dia menekan perlahan brek keretanya kerana kereta di depannya memperlahankan diri kerna di depan traffic light sudah mula merah.

“Abang! Kereta tu macam tak perlahan pun….” Belum sempat habis ayat Andrian….Pam!!! kereta mereka dilanggar dari belakang. Satu dentuman yang agak kuat kendengaran…disebabkan perlanggaran itu kereta mereka melanggar pula kereta di depan.


BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment