Follower(s)

Sang burung ini...


[Episode 8 ]

Pagi menjelma, hari ini aku off day, pukul 11am baru bangun, tenang aje pagi ini sambil membuka tingkap bilik aku,aku mengeliat memperbetulkan lenguh badan akibat terlebih tidur. Setelah tingkap dibuka udara segar menerpa, cahaya matahari yang mula meninggi membuat mata aku agak pedih.Terkejut mata jab dengan pancaran cahaya matahari.

Segar bila menghirup udara segar pagi ini, tenang jiwa bila melihat saujana pohon-pohon yang tumbuh terancang berhampiran rumah sewa aku,hijaunya mendamaikan. Damai sekejab jiwa setelah peristiwa semalam.

Masih ingat lagi difikiran…namun ada riak senyum diwajahku, bangga sebab ada orang sudi membela.Tak sangka dia muncul, aku kurang pasti dia dari mana. Tak sempat bersembang panjang semalam sebab aku seperti mahu cepat pulang ke rumah, nasib baik dia menghantar aku sampai ke rumah, seperti menjaga keselamatan ku. Rasa selamat dan tenang setiap kali bersamanya.

Namun bila teringat tentang Arif,aku mula mengeluh. Kemunculan dia tiba-tiba membuat aku tenat kembali.Cerita luka lama seperti terbuka. Namun dialah cinta pertama aku yang aku tidak boleh jual beli. Namun itu bukan bererti aku masih sayang dia lagi. Namun juga rasa marah tetap ada di jiwa.Kecurangan dia membuat aku membencinya.

Apa yang dikatakannya semalam membuat aku terfikir.Katanya lakonan disebabkan mahu menjaga hati keluarga.Aku tidak faham mengapa dia,Arif sanggup melakukan begitu, perlukah dia korbankan cinta kami sebab itu. Agaknya dia ingat aku masih mentah ketika itu, baru berumur 15 tahun…umur yang muda giler untuk merasa namanya cinta, dan maka itu dia boleh mempermainkan aku.

Tapi dia terlalu pandang rendah pada aku, aku matang tidak mengikut usia, aku jauh matang walau umurku muda, susah payah tanpa keluarga membuat aku sedar untuk menjadi seorang remaja lelaki yang berdikari.

Aku mahu terus memandang ke depan, mungkin juga bercinta awal itu hanya sekadar cinta monyet dan aku seharusnya mengabaikannya.Ada maknakah? Awal-awal ketika muda telah hati aku dilukai, ramai yang tidak tahu dan aku pandai menyembunyikannya.Semasa di ‘Rumah OW’ aku nih jenis pendiam, maka banyak benda aku sembunyikan dengan berdiam diri. Mungkin banyak makan dalam, namun aku tetap sedaya upaya handle masalah besar ini sebaik mungkin.

Ramai yang ingat Arif adalah abg angkat aku, dia melayan aku sgt baik, melayan aku sepenuh hati dan perasaannya. Aku menerima dia sang cinta hati pertama dan aku pernah menyayanginya sepenuh hati. Usia muda membuat aku tidak berpengalaman menghandle etika bercinta. Aku mengisi segenap hatiku dengan cintanya.

Namun akhirnya aku silap. Dia belot pada cinta suci aku. Aku harap dia boleh menjadi penjaga aku kerna aku adalah yatim, namun dia pergi tinggalkan aku tergapai-gapai seorang diri. Kembali yatim ditinggalkan tanpa belas.

Menitik jua air mata ketika mengingat kembali kisah lama, cintanya masih berkesan hingga kini. Hurrmmm…sudah sampai masa aku melupakannya…ya aku harus melupakan cinta yang telah aku tutup hampir 3 tahun itu.

No comments:

Post a Comment