Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [ Episode 9 ]

Sedus!!!

Bumi, tempat ini amat sesuai untuk penduduknya. Tumbuhan yang subur, tanah yang subur, sesuai untuk generasi-generasi makhluk Akhmak seperti sedus. Mungkin mereka akan lebih baik menetap di sini berbanding manusia.

Mula-mula tempat ini dijumpainya dia mula merasa nikmat persekitaran, anak-anak cucunya boleh menikmati dan berkembang maju di sini. Dan ada sesuatu lagi yang menikmatkannya, manusia boleh menjadi hambanya. Biar mereka plak merasa susah seperti mana dia dan kaumnya yg lain merasa susah.

Kedatangan Sedus ke bumi tidak dirancang, dia tiba kerna tersesat ke sini semasa seorang ahli keluarga yang dibencinya meninggalkan jalur ruang dimensi, di mana jalur seperti jalan itu menghubungkan antara dunia nya dan dunia manusia.

Dia tidak mengetahui kenapa salah seorang ahli keluarga itu membuka jalur ruang dimensi, padahal membuka hubungan jalan itu adalah dilarang sama sekali. Kalau di tempatnya sesiapa yang membukanya akan di hukum mati.

Semasa dia tiba di bumi, dia cuba mengexplore sekeliling namun tersilap bila mana dia tak secara tak sengaja menggunakan kelebihannya, di mana membuat kehadirannya dikesan. Perjumpaan dia dengan John secara tiba-tiba membuat dia dan keluarga John berperang.

Keluarga John mahu Sedus pulang secara baik disebabkan bumi adalah bukan tempatnya. Namun disebabkan sikap Sedus sendiri yg degil, tamak dan berniat tidak baik menyebabkan dia nekad mahu memiliki tempat ini. Peperangan bermula kerana kedegilan Sedus, dia mula melakukan kerosakkan. Dia juga berniat membunuh sesiapa yang cuba menghalangnya terutama keluarga John.

…………………………………………………………………………………………..

Di Villa milik Andrew

‘Ini silap saya ayah, saya tak patut membuka dimensi tanpa berbincang dengan ayah’. Bersalahnya John kerna tidak mendengar nasihat ayahnya tempoh hari, namun ini semua terpaksa dilakukan disebabkan anaknya Dafi menderita penyakit ganjil 2 bulan yang lalu. Anaknya menderita sakit tanpa diketahui sebabnya, Dafi tiba-tiba rebah,tidak boleh bangun, tidak boleh bercakap dan muntah hijau.

Bila dia cuba merawat anaknya menggunakan keistimewaan miliknya, ada sesuatu yang membawanya untuk berhubung di alam makhluk Akhmak. Dengan bantuan Harry, adiknya serta tanpa pengetahuan ayah dan ibunya dia berusaha membuka jalur dimensi yang mana jalur itu dilarang dibuka sesuka hati. Dia terpaksa kerna tidak sanggup melihatnya anaknya menderita.

Jauh di sudut hati, dia dapat merasa penawar anaknya ada di situ. Namun lain pula jadinya apabila ada seekor makhluk Akhmak terlepas mengikut jalur dimensi yg terbuka, ini merupakan salah satu risiko yang terpaksa ditanggung jika membuka pintu dimensi, walau dia merancang rapi supaya tiada sebarang masalah tapi nasi telah menjadi bubur. Walau berjaya mendapat penawar anaknya namun kecelakaan yang tak di sangka muncul.

Menyesal pun tidak berguna kerna makhluk yang terlepas ini bukan calang-calang makhluk Akhmak. Makhluk itu adalah ketuanya sendiri. Masalah telah muncul bila mana makhluk itu cuba menggunakan keistimewaannya di bumi. Kehancuran yang dibuat Sedus tanpa belas kasihan itu telah membunuh beberapa orang manusia.

‘Ayah, ini bukan salah abg sorang, saya pun terlibat sekali, saya juga yang bantu abg buka pintu dimensi tanpa pengetahuan ayah dan mak’. Harry juga melahirkan rasa kesalnya kerana kecelakaan yang tiba-tiba muncul.

Oleh itu mereka sekeluarga merancang untuk mengurung dan membawa pulang Sedus ke tempat asalnya. Seluruh keluarga dikumpul dan Andrew mengepalai, sebelum itu, mereka mesti selidik dahulu kelemahan makhluk bernama Sedus ini. Setelah mengetahui rancangan rapi diatur untuk mengurungnya. Plan A dan plan B dirangka.

………………………………………………………………………………………….

Gurun Sahara

Tiba-tiba…. ‘Dia melompat ke atas ayah!!!’ jelas sekali pekikan Harry. Cepat Andrew menoleh pada 2 anak jejakanya ( Sammy & Dean) dan robat milik Sam. Bubble B meluncur laju ke positon kanan, diikuti Dean disebelah kiri dan Sammy di antara ke dua mereka. Senjata keramat mereka dipengang erat. Peluru ajaib akan dilepaskan bila-bila masa. Walau pandangan kabur dek cahaya hasilan tongkat sakti milik Harry namun kedudukan mereka telah dirancang.

Hally, Ice , Harry dan Ariana merancakkan serangan mereka. Awan hitam berkepul hebat di atas kepala, gigih menghasilkan kilat , lagak Hally yg bermata puteh memarakkan lagi gayanya. Renjatan kilat akan melemahkan Sedus dan membuat dia terhad untuk bergerak. Harry masih mengekalkan cahaya terang untuk memendekkan jarak penglihatan sedus. Ariana dan Ice sibuk memanas dan menyejukkan Sedus, suhu istimewa yang dihasilkan mereka berdua itu membuat Sedus tidak senang duduk.

‘Tum & Pam !!’ letupan kuat dari senapang milik Dean dan Sam. Bubble B bersedia untuk tembakkan susulan. Sedus yg cuba meloloskan diri dari serangan hebat sekeluarga itu terkejut dengan asakkan peluru syaitan tiba-tiba. Serangan mengejutkan itu membuatkan dia lemah, peluru syaitan yg tak disangka ada pada family yg dibencinya itu membuatkan badannya kebas dan tidak dapat bergerak. Pedih rasa badannya.

Tembakkan bertalu Bubble B setelah mendapat arahan Sam menambahkan lagi kerumitan Sedus melepaskan diri. Dia jatuh lemah di tanah, serangan dari musuhnya yg bertalu telah berjaya melemahkannya. Cepat–cepat John mewujudkan ruang masa dengan menggunakan telapak tangannya yg berhubung dgn minda, dia perlu cepat untuk mengurung Sedus. Tugas yang penghabisan adalah tugasnya. Dia adalah kunci untuk mengurung Sedus.

Namun tiba-tiba ‘berhenti!!!! Korang mahu anak ini mati?’.Pekikkan jelas kedengaran dari seekor makhluk Akmak lagi yang muncul entah dari mana. Ada bayi di tangannya berserta sebilah pedang kecil di leher bayi itu.Bila-bila masa dia boleh mengelar leher dan menyebabkan bayi itu mati.

Serangan kilat Hally tiba-tiba terhenti, sangat kenal dia akan bayi itu. Mukanya berubah, oh my god anak bonsunya,Ariry. ‘Abg!! Sayu suara dia menjerit memanggil suaminya’. Andrew terkesima, macam mana anak bongsunya boleh berada dalam gengaman makhluk Akhmak itu.

Serangan bertalu keluarga Andrew berhenti serentak. Adik mereka dalam bahaya, jika meneruskan makhluk itu akan membunuh adik mereka.’Macam mana dia boleh tahu, mana Sara?Apa yang berlaku pada mereka’. Andrew menanya ringkas, mukanya jelas rungsing. Sebelum ini anak bongsunya ini diserahkan pada isteri John untuk menengokkan keselamatan anak bongsunya seketika mereka meneruskan plan mengurung Sedus.

Mereka sekeluarga jelas risau, suara Ariry menjerit di dalam gengaman mahluk itu jelas kendengaran. Sungguh bayi itu berasa takut dengan kehadiran orang asing memegangnya. John yang berada di tepi ayahnya mula risau akan keluarganya,isterinya mahupun anaknya kerna tadi mereka di rumah tidak ikut berperang bersama.

Sedus tersenyum puas, dia tahu jika dia berperang seorang diri dia mungkin akan tewas disebabkan kehebatan keluarga musuh di depannya ini sukar diduga. Oleh itu, awal-awal dia merancang sesuatu sebagai back up jika apa-apa terjadi pada dirinya.

‘Bagus Lohhan, kamu buat keje dengan baik’.Jelas Sedus, mukanya puas. Rupanya makhluk Akhmak yang memegang Ariry ketika ini bernama Lohhan. Pekikan bayi nyaring menanggis minta ke pangkuan ibu sebenarnya. Hally yang melihat merasa geram dan risau. Bayinya yang baru berumur tidak sampai 8 bulan itu kini berada dalam gengaman musuhnya.

‘Budak itu tiada kena mengena dengan peperangan kita hari ini Sedus!!! Lepaskan dia!!’.Nyaring suara Andrew memujuk dilepaskan anaknya. Sedus tersenyum puas, dah nama penjahat, dia akan lakukan apa sahaja agar rancangannya berjalan lancar.

Sedus ketawa berdekah-dekah, ketawa puas kerna musuhnya kini sudah nampak kelemahannya. Dia tiba-tiba merampas Ariry dari tangan Lohhan, kasar sekali perlakuannya. Hampir terkeluar jantung Hally melihat anaknya diperlakukan begitu.

‘Kamu tahukan aku mahu apa?’. Nada suara Sedus mengejek Andrew. Andrew jelas akan perkara ini. Nampaknya plan A nya gagal, dia akan proceed dengan plan B, namun dia tengah tunggu masa yang sesuai, nyawa anaknya lagi berharga dari peperangan pada hari ini.

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment