Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [ Episode 10 ]

Nekad!

Aku nekad, mahu cari siapa dalang, siapa pembunuh abang sebenar. Pihak polis ada bagitahu even saksi haritu pun menjelaskan yang kereta abg aku dibom. Aku tersangat tidak puas hati.

Setahu aku abg tidak bermusuh dengan sesiapa pun, even aku sendiri pun tidak bermusuh mahupun melayan yang tidak baik kepada sesiapa pun. Kenapa ada yang tergamak melakukan tindakan ini. Abg pergi dengan tragis. Aku pun sebenarnya kurang pasti mana mahu aku mulakan, namun aku masih nekad untuk mencari punca pembunuhan ini. Dendam mesti dituntut bela. Selagi aku tidak ketemu dalangnya jiwa aku tidak akan tenang.Nekad!!!

‘Pa, kita nak ke mana nih?’Kesunyian tadi dihentikan dengan pertanyaan Firdaus.’Tuntut bela!’.Simple je jawapan aku, tidak berapa terkejut Firdaus mendengarnya lagipun dia tahu aku takkan berdiam diri. Tapi persoalannya macam mana? Namun bila dilihat papa nya rasanya papa nya tahu apa yang ingin dilakukan.

Didalam kereta sunyi je, aku diam, Firdaus pun tak banyak cakap, dia hanya melayan perasaannya sendiri. Aku memandu menuju ke lokasi tragis itu, di situ aku boleh dapat jawapannya. Cepat-cepat menuju ke parking itu.

‘Papa? Buat apa kat sini?’Firdaus bertanya. Aku tak menjawab terus melihat sekeliling, mencari sesuatu. Walau persekitaran nampak tak banyak membantu tapi aku tetap mencari sesuatu yang boleh diguna pakai. Firdaus di sebelah agak pelik namun hanya membiarkan aku melakukan kerja aku.

Tiba-tiba ada satu kejutan datang di minda aku bila aku menumpu tiba-tiba di tempat kejadian, aku ternampak sesuatu. Hampir terjatuh aku kerna terkejut dengan bayangan yang muncul secara tiba-tiba. Firdaus di sebelah terkejut pelik.

‘Papa nape?’Firdaus bertanya. Aku tak menjawab juga tapi berhenti sekejab memicit-micit kepala yg agak pening lalat dengan kemunculan tiba-tiba banyangan itu. Aku nampak wajah itu, wajah yang aku tidak kenali. Dia membawa sesuatu di tangan, dia macam ada kaitan dengan pembunuhan abg.

‘Nape? Kau sedang cari bukti?’Tiba-tiba suatu suara muncul entah dari mana menegur kami, terkejut sekejab. ‘Awak ni siapa?’Aku bertanya tegas, wajah ini yang muncul tadi. Diakah yg membunuh abg aku. Entah macam mana tiba-tiba ada air mengalir di kaki kami dan juga ada titisan dari atas menitik. Air itu makin banyak, berkumpul sendiri. Kejadian aneh di depan kami macam mimpi. Firdaus apatah lagi, dia kehairanan.

Sekelompak air meninggi tiba-tiba dan dengan laju menuju kearah aku. Tangan lelaki tadi mengguna tangannya seperti menolak air itu menggunakan tangan kearah aku. Hempasan yang kuat tiba-tiba menolak aku dengan kuat ke belakang. Firdaus kaku, terkejut.

Sakit sekali bila badan ditolak dan diri aku terhempas ke lantai, basah kuyup. Firdaus memandang lelaki itu, anak mata lelaki itu berubah ke warna biru. Dengan menggunakan tangan dia mengarah air pula menuju kearah Firdaus, sama macam aku Firdaus terpelanting ke depan, hampir ke hujung bangunan, nasib baik tidak jatuh ke bawah.

Dia mengangkat tangan lagi, mahu mengarah air menolak Firdaus jatuh. ‘Stop!!!’ Menjerit aku menahan dia melakukan itu,’ Oh jadi kau boleh mengawal air!’Aku menjerit. Dia tersenyum, lalu berpaling ke Firdaus mahu meneruskan niatnya tadi ‘Ingat kau sorang!’ Cepat aku mengangkat tangan dan menahan unsur air itu dari mengena Firdaus, dia terkejut dan kami saling menyerang. Dia menolak air tapi aku menahan.

Kami saling berlawan, akhirnya air itu pecah bila aku meningkat kekuatan aku. Inilah rahsia keistimewaan aku yang aku rahsiakan, tak penah aku gunakannya. Tiada siapa yang tahu kecuali abg. Firdaus pun tidak mengetahui.

Tidak puas hati dia, di depan kami ada sebuah tong besar tangki,tangki itu agak jauh dari bangunan ini dan ia berada di bangunan sebelah,namun jelas dapat dilihat dari sini, dia memandang jelas kearah air itu dan menenung tajam seperti memaksa minda supaya tong itu pecah. Tiba-tiba tangki itu seperti berbunyi, aku kaget, dia nak buat apa? Bunyian yang terhasil itu seperti air berdentum melanggar dinding tangki itu. ‘Papa, dia nak pecahkkan tangki’ Firdaus menjelaskan, walhal aku dah dapat agak akan niat musuh di depan mata kami ini.

‘Hei…aku tak kenal kau!!! Aku tak tahu niat kau apa? Tapi aku dapat rasa kaulah yang bunuh abang aku bukan?!!’ Jelas dank eras suara aku bertanyakannya. Tiada riak terkejut darinya Cuma Firdaus sahaja terkejut. Tidak sangka manusia yang di depannya ini pembunuhnya.

Dia tersenyum sinis, tiba-tiba dentuman berlaga air dan dinding tangki jelas kedengaran hingga ke sini. Nampak gayanya tangki besar itu akan pecah. Aku memandang sekeliling mencari sesuatu, ternampak sebatang besi yg sederhana panjang, dengan mengangkat tangan ke depan sebatang besi itu, aku cuba mengalihnya dengan menggunakan keistimewaan aku. Aku tidak pasti aku boleh buat, sebab aku jarang mencuba, tapi peduli apa, masa sudah genting.

Besi itu cuma bergerak perlahan, Firdaus perasan akan tindakan aku, tanpa banyak fikir aku mencuba melontar besi itu kearah manusia pembunuh di depan aku tanpa memegangnya tapi dengan hanya mengarah menggunakan tangan,lagak seperti seorang mutan MAGNETO. Laju besi itu terpelanting kearah dia, Berjaya!!

Tepat besi itu mengenai kepalanya, dia terkejut, cubaan dia memecahkan tangki berisi air itu terganggu. Dia kesakitan tertunduk terkejut. Firdaus seperti gembira dengan apa yang aku cuba lakukan. Namun tiba-tiba pandangannya sinis tersenyum memandang ke arah aku. Apa yang terjadi padanya tadi seperti lansung tidak memberi kesan.

Tiba-tiba dari jauh…pom! Letupan jelas dengar. Oh tuhanku tangki itu sudah pecah. Ainya mencurah keluar. Lalu air itu ke atas seperti menuju kearah kami. Air itu sangat banyak, dan jelas dapat dilihat ia seperti beterbangan di udara.

Firdaus menelan air liur. Aku kaget…

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment