Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 3]

Semoga Firdaus Selamat

‘Pam!!’ terjatuh h,set di tangan, longlai rasa tubuhku mendengar perkabaran dari pihak kolej Phines, terkejut! Jantung berdegup laju,pucat mukaku menerima berita ini.Hampir air mata menitik jatuh.

‘Sayang nape?!’ abg ku menanyakan,cepat2 dia memegangku,mukanya berubah. Beria-ia dia bertanya apa yang berlaku dan siapa yang menelifonku. Sebelum sempat menjawab aku menarik tangannya menuju ke kereta.Mahu cepat rasanya ke hospital, di fikiran hanya Firdaus shj, aku teramat risau. Abg menahan dan memujuk aku supaya menceritakan apa yg berlaku.

‘Apa!’ hanya kata-kata terkejut keluar dari mulutnya.Tanpa berfikir pjg abg bergegas ke atas, mengambil apa yang patut dan kembali menuruni menemui aku yg merah mata di tepi kereta. Firdaus ditembak, dia ditembak, takutnya bila mendengar,dalam minda ligat berfikir perkara yg buruk,walau tidak mahu tetapi kerisauan ini membuatkan ia terarah ke negative.

Abg memandu sepantas mungkin, Green Hospital destinasi kami,di situ Firdaus di tempatkan.Aku senyap di sebelah, wajah kerisauan amat jelas diwajahku. Fikiran buntu.

‘Patutla ada miscall td,Firdaus miscall abg, kenapala abg xsedar’ ada nada penyesalan kedengaran. Aku pun, Firdaus call tadi, sama, panggilan tidak berjawab oleh aku.Hurmmm...hanya keluhan halus kedengaran.

……………………………………………………………………………..

Green Hospital

Syakir mundar mandir berhampiran pintu emergency wad.Mukanya keruh,pucat,kerisauan amat jelas, tak senang hatinya. Apa yang berlaku merupakan tamparan hebat baginya. Dia tidak jelas atas apa yang berlaku, tiba-tiba sahaja Firdaus tumbang di depannya tadi. Darah mengalir laju, abis badannya terkena darah Firdaus, bahu Firdaus luka, seperti ditembak. Darah tidak henti-henti keluar,akibatnya dia lemah dan pengsan. Beria-ia syakir memujuk org yang amat disayanginya sedar,dia tidak mahu kehilangan Firdaus.

‘Macam mana Syakir?’ Damia bersuara. Tersentak sekejab lamunan syakir, kerisauan hatinya kini makin melampau. Syakir Cuma hanya menggiling kepala.Doktor belum keluar lagi katanya.Mengharap sangat Firdaus selamat.

Kemudian terlihat kelibat Shania,Adrew,Harry dan Jason.Muka masing-masing mendung mengenangkan di atas apa yang berlaku. Mereka semua hanya mampu duduk di kerusi menunggu menantikan pintu wad kecemasan terbuka dan berharap ada berita baik yang mengatakan Firdaus selamat.

Sunyi………

Dibawah bangunan Green Hospital kelihatan sepasang lelaki berlari-lari mahu cepat ke destinasi yg dituju.Mereka mahu mendengar yang anak kesayangan mereka selamat. Termengah-mengah aku di dalam lif,tanganku kukuh di tangan abg,memegang dia ibarat memberi ketenangan walau di jiwa sgt risau serta berkecamuk.

Abg memandang sedih pada ku, dia tahu aku yang paling risau,risau akan perkara yang tersepatutnya berlaku pada Firdaus.Abg memandang butang lift lama,serasa lama mereka bergerak menuju ke destinasi. Tiba-tiba ingatan tertumpu pada Firdaus insan yang kedua yang paling disayanginya kini selepas Ariry.

Ingat lagi ketika kali pertama berjumpa Firdaus kira-kira 2 tahun yang lalu. Masa itu Firdaus bukan seperti sekarang,dulu dia kurus,kotor, berbau,pendiam dan yatim piatu. Kerjanya cuma merayau-rayau dan liar sana sini mencari sesuatu untuk dimakan. Dengan fizikal yang comok itu dia tidak malu menyenglongkar tong sampah untuk mencari makanan yang boleh dimakan. Bandar yang besar ‘New York’ ini tidak mampu membuatnya senang.

Dia kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Tidur merempat dan hanya pakai baju yang sama selama berminggu-minggu belum ditanya mandi@tidak. Pertama sekali Adrix menjumpainya ketika kantoi kelibatnya mengopek keretanya untuk mencuri. Lintang pukang dia melarikan diri, kerana bengang Adrix mengejar dia mahu mengajar budak jalanan ini. Tak sangka masa mengejar Firdaus dilanggar kereta,dia jatuh dan darah berlumuran di kepala.

Terkejut Adrix dengan kejadian di depan matanya. Cepat-cepat dia mendapatkan Firdaus dan membawanya ke hospital.Walau Firdaus membuatnya marah tadi namun dia tidak sampai hati meninggalkanya begitu.

Ingat lagi hospital inilah yang menyaksikan pertemuan pertama secara dekat Firdaus,Adrix dan Ariry. Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan terhentak kepalanya di kereta semasa kemalangan tadi. Namun selama 3 jam doctor bertungkus lumus menyelamatkannya dan dia selamat.

Ingat juga waktu itu pukul 8 malam, Adrix mengunjungi hospital untuk berjumpa Firdaus. Ikut hati mahu saja tinggalkan budak itu dan hanya membayar bil hospital sahaja, tetapi tidak tahu kenapa dia mahu menjenguk budak itu.

Semasa di aras bawah sebelum Adrix ke wad Firdaus,dia singgah sekejab di koperasi hospital,ingat mahu membeli air membasah tekak.Selepas habis bayar, dia melangkah keluar. Sebaik melangkah kaki keluar je terdengar keriuhan, guard seperti mengejar seseorang, Adrix heran dan memandang sekeliling, sebelum sempat mahu berpusing kepala ke kiri…gedebuk!!! Dia dilanggar seseorang. Terkejut…terlihat satu badan kecil jatuh di sebelahnya.Guard menjerit ‘tangkap budak tu!’. Budak kecil itu bangun mahu melarikan diri, sebelum sempat Adrix cepat mencapai bahu budak itu.Tangannya sebelah lagi kukuh memegang tangan budak itu. Budak itu mengelumpur mahu melepaskan diri. Tenaga lelaki dewasa sangat tidak mampu dilawannya.Dia tewas.

‘Kamu!’.Antara kenal dengan tidak Adrix menjerit pada budak itu. Guard memegang budak itu tiba-tiba setelah yakin budak itu tidak dapat melarikan diri lagi. Kata guard budak ini mahu melarikan diri dari wad tetapi tak sempat sebab dia dapat dikesan kehilangannya tadi melalui CCTV.

Bengang aje Adrix mendengar, budak tak sedar dek untung. Susah payah orang menyelamatkan dia semalam, sekejab aje dia membuat ona dengan mahu melariakan diri. Guard membawa dia ke wad dia, Adrix mengekori lambat dari belakang.

Selepas beberapa lama budak itu di wad ,dia mengunjungi budak itu. Kelihatan budak itu diam di katil. Adrix mendekati dan cuba menegur namun tidak berbalas. Kali pertama Adrix melihat budak itu bersih dan berpakaian tidak kotor. Tampan juga jika dilihat, budak ini baru berumur 12 tahun, berkulit putih,agak kurus,ketinggian 150 cm something rasanya.

Itulah kali pertama Adrix mengenali Firdaus sehinggalah Firdaus menjadi anak angkat rasminya beberapa bulan selapas itu. Ada rasa takut dibenaknya kini, dia sangat tidak sanggup kehilangan Firdaus. Dia sanagt menyayanginya.

Sunyi……………………….

Pintu lift terbuka dan Adrix tersedar dari lamunannya, Aku menarik tangan abg, mahu cepat ke wad kecemasan. Kami tiba dan terlihat kelibat kawan-kawan Ariry yang kukenali di situ.Lekas Syakir mendapatkan kami, muram wajahnya.

Kami berdua memandang pintu yang berlabel ‘Emergency Room ‘ itu. Tidak sanggup rasanya teringatkan Firdaus ada di dalamnya menanggung sakit yang amat sangat. Mataku bergenang air, abg kaku di sebelah ku. Ada keluhan darinya.

BERSAMBUNG……

No comments:

Post a Comment