Follower(s)

Sang burung ini..



[Episode 6]

Waaaaaa…so penat hari ini, tadi ramai gila manusia2@ customer yang berkunjung ke Café kami, dasyat gila bos aku, ceruk mana manusia plak dia pergi jemput,ramai gila.Mostly aku rasa adalah kawan-kawannya dan kawan keluarga dia.Asyik kenal aje mereka.

Tadi sesudah kami kemas café, bos kami belanja kami makan, actually makan-makan biasa aje,tanda bagi penghargaan kat diri masing-masing kerana berjaya handle Café Cinta ini sebaik mungkin.
Bos sangat gembira malam ini walau ada ternampak beliau agak letih sangat.Maklumlah since awal pagi tadi lagi dia bekerja dan pukul 3 am nih baru balik, esok plak kul 10am dah kena buka café nih lagi.

Namun begitu hati masing-masing tetap ceria dan berpuas hati, sebab semuanya berjalan dengan baik walau adala beberapa masalah yang timbul di saat-saat akhir namun tetap kami dapat menyelesaikannya sebaik mungkin.
Aku berjalan perlahan menyusuri jalan menuju ke rumah sewaan aku, walau diri terasa sgt penat namun tetap perlahan-lahan berjalan, hati rasa ceria dan girang aje. Plan sampai rumah nanti mahu bersih diri dan tanpa buang masa aku mahu menuju ke katil untuk beradu. Oh katil wait for me ok…sebab aku terlalu memerlukanmu sekarang.
Sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba. ‘Hai…lama tak nampak?!’ terdengar suatu suara menegur ku dari sebelah kiri aku, sebuah kereta betul-betul berhenti di sebelah aku.Sebenarnya dari tadi aku sudah perasaan akan kemunculan kereta ini dan empunya tuannya seperti menenung2 aku.Aku tak berapa jelas akan wajahnya sebab cermin keretanya agak gelap.Namun selepas itu aku tidak mempeduli.

Oh tuhan, sangat aku kenal wajah ini. Diala suatu ketika dulu yang pernah melakukan sesuatu yang aku tak sangka. Kenapa tiba-tiba dia boleh muncul di sini. Dia dah jumpa aku balik.Oh tidak! ‘Kenapa terkejut?!’-manusia yang dibenci aku bersuara lagi.Aku buat-buat tidak peduli dan bergerak laju mahu cepat pergi dari sini.

Dia memberhentikan kereta masuk parking, aku menelan air liur, cepat-cepat aku membawa diri pergi dari situ.Sungguh aku tidak mahu menatap wajah yang dibenci itu.Sangat aku tidak mahu.

‘Rickie, berhenti…maaf abang tak bermaksud nak menyusahkan kamu lagi, abang datang nak minta maaf, apa yang berlaku hari itu, sungguh abang tidak bermaksud melakukannya’-Jelas sekali suara dia menerangkan.

Aku buat tidak peduli, cepat melangkah ke destinasi untuk ke rumah ku. Mahu cepat…namun tidak disangka dia menarik aku. Aku terkejut dan berpusing, akibat tindakan refleks dan rasa marah yang muncul tiba-tiba aku menumbuknya. Penumbuk dan diri menggeletar menahan marah. Sungguh aku geram dengan kedegilannya.

Dari jauh, ada sesusuk tubuh memerhati, dia kelihatan risau akan keselamatan Rickie.Lelaki misteri yang dilihat muncul itu seperti mengganggu orang yang dianggap istimewa di sisi nya.

No comments:

Post a Comment