Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [ Episode 6 ]

Keluarga Baru

Dari jauh kilat sambung menyambung, menyambung banyak dan tiba-tiba menumpu kepada sst. Ada letupan kuat menjamah alam sekeliling ,gerun terasa, Hally berkobar melibas kilat hasilannya itu pada Sedus, Syaitan itu harus dimatikan serta merta.

‘Harry now!!!’ Jerit Ice. ‘ Soncius Fierus!’..jampi disebut rapi lalu tongkat kecil ditangan menghasilkan cahaya dan menuju mara membentuk cahaya membakar terang membesar dan membesar sehingga menyakitkan mata. Keadaan terlalu terang, tiba-tiba langsung pandangan masing-masing ditutup.

Latar tanah tiba-tiba menyejuk dan membeku tetapi kebekuan itu berjalan menuju ke arah Sedus lalu menjalar beku itu ke kaki Sedus. Syaitan itu meronta, sudahla mata tidak mampu melihat dek kerana cahaya terang, tiba-tiba ada sejuk beku mula menular seluruh kaki dan merebak ke badan dia plak. Ice memainkan peranan dengan baik sekali.

Panah Pheonix milik Ariana ditarik sepenuh hati, hunusan anak panah berbentuk phoenix terhasil dan melancar laju kearah syaitan itu, beberapa saat sebelum sampai ke syaitan itu Pheonix itu terbelah menjadi kembar. Dua-duanya tiba-tiba memusing menggelilingi syaitan itu, berpusing lama dan membesar lalu bertukar menjadi api marak. Tidak senang duduk syaitan itu. Tiba-tiba terasa diri sejuk panas, persekitaran terlalu menekan dan dia seperti dikekam tidak boleh bergerak mahupun berlari ke mana-mana lagi.

Dari jauh Andrew, Sammy, Dean, Sam, Bubble B & John melihat dengan gerun, moga rancangan yg diatur rapi menjadi. Peluang ini cuma sekali jika gagal buruk padah untuk mereka mahupun dunia. Peperangan yang hanya disaksikan mereka ini berlangsung di kawasan Gurun Sahara. Sangat berterima kasih pada Harry bersusah payah menggunakan keistimewaannya membawa mereka dan Sedus ke sini.

Rancangan yang diatur kira-kira 2 hari lalu ini memerlukan ketelitian dan semangat juang yg tinggi, jika ada antara mereka gagal maka lubang kelemahan akan kelihatan. Andrew mengepalai, sebagai ketua keluarga keselamatan ahli2 keluarganya adalah penting walau misi mengurung Sedus terlalu rumit. Jika Sedus tidak dikurung, manusia akan dijajah, akan dibuatnya berpecah belah, berbunuhan @ mungkin juga akan memupuskan umat manusia di muka bumi kerna Sedus akan membawa kaumnya tinggal di bumi.

Berdebar Andrew tiap kali anaknya melepaskan serangan masing-masing untuk menyekat Sedus. Kelebihan/keistimewaan pada anak-anaknya diguna sebaik mungkin untuk melemahkan Sedus, jika Sedus lemah maka senang untuk mengurungnya dan menghalaunya ke tempat asal.

Tiba-tiba…. ‘Dia melompat ke atas ayah!!!’ jelas sekali pekikan Harry. Cepat Andrew menoleh pada 2 anak jejakanya ( Sammy & Dean) dan robat milik Sam. Bubble B meluncur laju ke positon kanan, diikuti Dean disebelah kiri dan Sammy di antara ke dua mereka. Senjata keramat mereka dipengang erat. Peluru ajaib akan dilepaskan bila-bila masa. Walau pandangan kabur dek cahaya hasilan tongkat sakti milik Harry namun kedudukan mereka telah dirancang.

Hally, Ice , Harry dan Ariana merancakkan serangan mereka. Awan hitam berkepul hebat di atas kepala, gigih menghasilkan kilat , lagak Hally yg bermata puteh memarakkan lagi gayanya. Renjatan kilat akan melemahkan Sedus dan membuat dia terhad untuk bergerak. Harry masih mengekalkan cahaya terang untuk memendekkan jarak penglihatan sedus. Ariana dan Ice sibuk memanas dan menyejukkan Sedus, suhu istimewa yang dihasilkan mereka berdua itu membuat Sedus tidak senang duduk.

‘Tum & Pam !!’ letupan kuat dari senapang milik Dean dan Sam. Bubble B bersedia untuk tembakkan susulan. Sedus yg cuba meloloskan diri dari serangan hebat sekeluarga itu terkejut dengan asakkan peluru syaitan tiba-tiba. Serangan mengejutkan itu membuatkan dia lemah, peluru syaitan yg tak disangka ada pada family yg dibencinya itu membuatkan badannya kebas dan tidak dapat bergerak. Pedih rasa badannya.

Tembakkan bertalu Bubble B setelah mendapat arahan Sam menambahkan lagi kerumitan Sedus melepaskan diri. Dia jatuh lemah di tanah, serangan dari musuhnya yg bertalu telah berjaya melemahkannya. Cepat–cepat John mewujudkan ruang masa dengan menggunakan telapak tangannya yg berhubung dgn minda, dia perlu cepat untuk mengurung Sedus. Tugas yang penghabisan adalah tugasnya. Dia adalah kunci untuk mengurung Sedus.

Namun tiba-tiba………………………………………………………………………….....

BERSAMBUNG…

[ Salah Silah ‘Family Andrew’ & Capability ]


Married

*(Andrew + Hally ) - [Sulung]: John [Second]:Ice [Third]:Sammy & Dean (twin tetapi tidak seiras) [Fifth]: Ariana [Six]:Sam [Seven]:Harry [Bongsu]: ????( hilang diculik Sedus).


Married

*(John + Sara) - Dafi & Ad


Married

*(Ice + Yu Rin) - Iris


Sam with the Robot Bubble B

John with psychic power

Ice as Ice man

Sammy & Dean mempunyai Ghost power & Ghost weapon

Ariana memiliki panah phoenix pemberian Ibu Andrew

Harry belajar magis,menuntut di Hogwart school dan memiliki tongkat sakti

Bongsu : (?????) memiliki keistimewaan mengawal cuaca spt ibunya dan psychic power seperti abg sulungnya

Hally : Kuasa STORM

Andrew: memiliki sebilah pedang hebat pemberian ibunya.

Dafi, Ad & Iris keupayaan mereka masih belum diterokai. Seperti tidak memiliki power.

No comments:

Post a Comment