Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 4]

Disebalik apa yang berlaku

Misinya nekad, dia sudah menjumpai budak itu.Sudah lama diperhatikan,latar belakang budak itu pun dia tahu. Budak itu sangat berharga…tapi ada ada dua orang lagi yang paling berharga,masa mereka belum tiba lagi tetapi akan tiba juga.Ini rancangan pertamanya sejak dia tiba di sini sehari yang lalu. Masa depan dia dan keluarganya harus diselamatkan.Negara Aurora mesti kembali pada asal,masa depan harus diubah.Biar jiwanya tenang jika mereka bertiga sudah tiada.

Dia berjalan laju menuju ke keretanya. Alat yang dipanggil ‘Fi8’ dikeluarkan.Butang hitam ditekan dan alat itu mula berfungsi. Skrin kecil pada alat itu hidup dan ada titik kelip-kelip kuning yang static di situ. Mukanya tersenyum sinis.Ya…mangsa yang diburunya itu memang ada dikawasan itu dan masih lagi tidak keluar dari situ. Ini sangat-sangatla memudahkan kerjanya.

Sepucuk pistol kecil dikeluarkan, tidak pasti dari jenis apa, dia tidak mengetahui,kalau di masa hadapan pistol ini hampir-hampir di muziumkan.Itu dia tidak peduli yang penting ia berfungsi dan mangsa yang ditargetnya ini harus mati. Pedal minyak ditekan kereta meluru laju ke destinasi yang diingininya.

Berdebar rasa jiwanya untuk menjayakan misi ini.Sebenarnya ia sudah lama dirancang, setahun yang lalu pada zamannya di masa hadapan. Bilangan rakan-rakan sekomplot yang kecil menghadkan kemampuan mereka untuk menjayakan misi ini lama dulu. Setelah berjaya mencuri mesin masa dari salah seorang pakcik mangsanya, rancangan dia bertambah senang. Misinya ke sini untuk membunuh mereka bertiga, disebabkan mereka bertigalah Negara Aurora di bawah pemerintahan keluarganya hancur,rakyat ramai yang memberontak dan ada di kalangan geng-gengnya membelot padanya.

Dendam yang membara harus dilunaskan tambahan insan yang bernama Ariry telah membunuh abang kandungnya sendiri. Dia sangat benci akan nama itu, jika ikut hati mahu sahaja dia mencari Ariry dan terus melunaskan hutangnya,namun disebabkan tidak mahu rancangan mereka yang dirancang selama setahun nih gagal dia harus sabar menunggu dan mengikut flow yang diatur.

Kereta meluncur laju, tinggal satu kilometer lagi dia akan sampai ke destinasi yang dituju. Dia memandang ‘Fi8’, titik kuning yang berkelip-kelip masih di tempat asal yang dilihatnya tadi. Dia menekan skrin pada titik itu, data detail keluar , position dan location insan dititik kuning itu kelihatan,angka seperti berubah-rubah tapi tidak banyak. Perubahan mungkin di sebabkan pergerakan mangsanya. Dia memandu keretanya menuju kearah lokasi mangsanya itu.Nampak benar dia mahir membaca alat yang bernama ‘Fi8’ ni. ‘Fi8’ adalah alat yang digunakan untuk mengesan individu yang hidup menggunakan system DNA individu tersebut.Alat ini boleh berfungsi untuk mencari sesiapa sahaja dengan syarat mesti ada descripsi DNA individu yang dicari. Ia adalah alat canggih dari masa depan yang 20 tahun maju ke depan dari zaman sekarang.

Beberapa minit kemudian dia sampai berhampiran lokasi yang diingini,jarak dengan mangsanya adalah 200 meter dan terlindung di balik semak dan kawasan perumahan. Dia mula mengeluarkan teropong miliknya dan meninjau mangsa, jelas kelihatan orang yang dicarinya melalui teropong itu. Wajah yang dilihat ini amat dikenalinya. Cuma dalam versi muda dan baru berumur 12 tahun. Kelihatan mangsa yang dicarinya seperti berusaha untuk menghubungi seseorang menggunakan h,set namun kecewa kerna panggilan tidak berjawab. Ada riak sedih dibalik muka mangsanya itu dan dia tidak tahu kenapa, itu sangat tidak penting baginya. Dia mahu membunuh mangsanya ini sekarang juga.

Tanpa membuang masa dia mengeluarkan pistol yang disimpannya tadi sekejab di dalam laci kereta. Teropong yang digunakkannya tadi pula dilipat compartmentnya supaya dia menjadi kecil,lalu ditekan satu bahagian dan teropong itu tiba-tiba menjadi panjang. Tanpa buang masa dia melekatkan pada pistol tadi dan melaraskan. Agak ganjil kelihatan pistol berteropong tapi ia unik dan sgt berguna. Mangsa diteropong sekali lagi,laras depan pistol betul-betul menuju kearah mangsa,tepat dan jitu itu yang penting. Beberapa saat melaras kedudukan dia sedia menarik picu.

Ledakkan pertama dilepaskan dan mengenai bahu mangsanya. Terkejut dia kerna cuma mengenai bahu mangsanya,dia tidak puas hati sebab dia kurang bernasib baik. Ledakkan kedua perlu dilepaskan untuk menamatkan nyawa mangsanya. Dia bernasib baik kerna pistol yang digunakkannya jenis membunuh secara senyap dan tidak bising,jika tidak tentu ledakkan peluru tadi kedengaran dan menggamit orang sekeliling.Lagipun port yang dipilihnya tercorot serta terlindung di balik semak.

Jari tangan bersedia menarik picu pistol untuk kali kedua sebelum mangsa merubah posisi setelah terkena tembakkan pertama tadi. Namun sebelum sempat picu ditarik habis pistolnya disepak oleh seseorang.Dia terkejut dan menoleh kearah individu yang mengagalkan rancangannya.

Mukanya berubah, individu itu adalah insan yang amat dikenalinya. ‘Berhenti Adaham!!!kamu gila, dia itu anak saudara kamu jugak!!!’ itulah kata-kata yang terpancul dari mulut individu itu.Riak muka Adaham berubah merah tanda marah………………….

BERSAMBUNG….

No comments:

Post a Comment