Follower(s)

Adri,Andrian & Ariry [ Episode 5 ]



Buk!! Jelas sekali tendangan itu mengenai Ariry, dia terlampau penat untuk melawan mereka bertiga, sungguh tidak adil seorang budak melawan tiga ninja dewasa yang tidak diketahui identiti.

Ariry terundur ke belakang, walau penat dia mesti mempertahankan dirinya, mereka mahu membunuhnya dan mereka kelihatan seperti tak teragak-agak untuk melakukannya. “ Tung…tunggu.. na..pe kamu ber..tiga mau bunuh aku..huh..huh…? Siapa kamu!?” Ariry yang tercungap kesakitan mula bertanya tika mereka berhenti untuk menyerang.

Namun, mereka senyap dan seperti robot mereka mengatur langkah untuk menyerang Ariry lagi. Ariry dengan terpaksa cuba mempertahankan diri, mahu melarikan diri tapi tiada kesempatan, dirinya seperti dikunci pergerakan.


Pam! Zup! Ariry mengelak…tangan dan kaki cepat mengatur langkah. Mengelak seboleh mungkin tikaman ninja-ninja itu, kali ini ketiga-tiga ninja itu menyerang serentak. Dengan tenaga yang masih bersisa Ariry cuba mempertahankan dirinya.

Berlari ke depan dan menendang ke sebatang pokok lalu berpusing ke atas,serta memusingkan kakinya…puk! Dengan jelas sekali kaki Ariry menghentak ninja pertama dan dia tersungkur. Ninja kedua menyerang tiba-tiba tanpa sempat Ariry menyudahkan ninja pertama tadi. Sehabis baik dia mengelak dan ranting yang berada di tangannya mempertahankan diri dari dihentak ninja kedua itu.

Lalu ranting itu menyelinap ke bahu ninja kedua dan puk! Satu pukulan yang tepat singgah ke titik kelemahan lawan, pedang yang dipegang ninja kedua terjatuh spontan. Cepat-cepat Ariry menendang ninja itu bergolek ke tepi lalu dia sepantas kilat menyambar pedang yang terjatuh tadi. Berjaya!!!

Ariry memegang pedang itu dengan bangganya dan memandang kedua ninja itu yang tengah kesakitan di depannya. Sebenarnya boleh tahan juga seni mempertahankan diri Ariry, tak sia-sia dia berguru dengan pakciknya suatu ketika dahulu. Walau hampir kalah tadi tetapi dengan kudrat dan semangat yang bersisa dia mula bangkit.


Senyap….


Namun….pelik! Ariry berkerut…rasa seperti kurang seorang …dan tanpa sempat menoleh lagi dia merasa belakangnya sudah ditusuk pedang. Rupanya Ariry terleka akan ninja yang ketiga.Geram sungguh.Dan dia ditikam dari belakang tanpa diberi peluang langsung.

Kesakitan mula terasa, pedih dan bisa sungguh tusukan pedang itu. Dan tanpa belas kasihan Ariry ditendang lalu terhumban ke sebatang pokok. Bertambah lagi kesakitan yang dirasa serta darah makin mengalir keluar. Ariry terpampang kesakitan di sebelah pokok, dia lemah kini, kudratnya seperti sudah hilang dengan tusukan tadi.

Tiga ninja tadi menghampirinya dan salah seorang mengangkat pedang di tangan mahu memengal kepala Airiry. Berdebar-debar dan ketakutan Ariry menunggu kematiannya. Tapi belum sempat pedang itu singgah pada leher Ariry, ia ditahan…ninja ketiga menahan.”Cukup! Dia akan mati juga! Racun pada pedang aku akan membunuhnya’’ tersenyum sinis ninja ketiga itu memberitahu rakannya.

Ariry bertambah takut dan mula merasakan sesuatu, memang benar pedang itu beracun. Jantung Ariry mula berdegup laju…racun mula menular ke seluruh badannya.Dia terasa….. Oh tuhan!! Ariry benar-benar kesakitan dan dia mula muntah darah. Ketiga-tiga ninja tadi mula beredar dan melompat ke pokok lalu menghilangkan diri.

Persekitaran pertarungan sengit tadi mula sunyi, senja telah menjelma setengah jam tadi dan matahari telah lama turun ke barat. Malam mula pekat dan sunyi…..Ariry pula semakin kesakitan dan menderita dengan bisa racun pedang tadi. Dia makin lemah dan pandangan mula kabur….kelam…


BERSAMBUNG….

No comments:

Post a Comment