Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [ Episode 8 ]

Dendam

Puas!!! Tiada kata selain itu, Adaham puas, walau misi pertama gagal namun ia puas kali ini insan kedua yang paling dibencinya telah mati. Mati dibom, walau Flisya kakaknya menghalangnya tempoh hari dari membunuh Firdaus namun kini misi kedua berjaya dilaksana.

Angin menderu, rambut Adaham beralun laju ditiup angin, kenangan lalu mengusik jiwanya tiba-tiba. Masih ingat lagi peristiwa itu yang membuat dendamnya pada keluarga Ariry bermula.

Dengan mata kepalanya sendiri dia melihat abgnya dibunuh, jelas sekali pedang itu menusuk jantung abgnya. Dia berlari mendapatkan abgnya namun tidak sempat, abgnya telah pergi dan darah berlumuran. Dendamnya kini membara.

Dengan kudrat yang ada dia cuba menentang Ariry,namun kehebatan Ariry, dia tidak boleh pandang rendah, keistimewaan yang dimiliki Ariry membuatnya tidak terlawan. Dia yang hanya mampu mengawal air kadang-kadang tersekat dek kehebatan Ariry yg mampu merubah gerak geri elemen itu juga.Ariry boleh membuat air bias menjauhi, kehebatan remaja di depannya kadang-kadang sukar diramal.

Kemunculan tiba-tiba Adrix makin menyukarkannya, dia hanya kini mampu mempertahankan dirinya, jika dia tidak pergi dari situ mungkin dia akan mati, lagi sukar untuk dia membalas dendam jika dia maut. Oleh itu dia nekad untuk melarikan diri,lari bukan bererti undur. Sampai masanya dia akan membalas dendam.

Nampaknya dendam pertamanya hari ini telah terlunas, Ariry akan terseksa dan merana setelah insan yang dikasihaninya mati, itu perkara pertama dia mahu tengok dulu. Dia mahu Ariry terseksa dan merana. Bencinya pada musuhnya ini meluap-luap.

………………………………………………………………………………………………

Di Banglo hijau milik Ariry

Jiwa sudah kosong, fizikal longlai, perasaan bercelaru antara nyata dan khayalan, suma yg dipandang serba tak kena. Setiap yg di sisi terasa kosong dan tak berguna,duniaku kini gelap.

Berair air mata ini dan tumpah ia untuk kali yg ke berapa entah, beribu berjuta, kalau darah boleh keluar ia akan keluar dari mataku.Aku menanggis dan menanggis, mata bengkak, puas aku meraung sampai mahu hilang suara,aku kecewa,aku merana, aku tak boleh terima kenyataan bahawa orang yang sudah lama di sisiku susah dan senang…kini dia tiada dan dia pergi secara tragis!!! Air mata berderai lagi.

6 jam yang lepas aku mendapat tahu akan berita ini,sungguh aku tidak percaya.Perasaan aku masa itu sukar nak digambarkan dengan kata-kata.100% aku tak percaya,semua ini bohong bagiku.Namun berderai jua air mata tatkala aku melihat sendiri no.plat kereta kepunyaan insan yang paling aku sayangi pecah terbakar dijumpai.Sayu hati sungguh aku tidak mampu ramalkan lagi.

Hampir pengsan aku di situ bertemankan abg Aubri,diala yang menemaniku setelah aku mendapat tahu akan berita buruk ini dari Nadia pembantu abgku setelah aku menghubunginya tatkala hati aku berasa tidak sedap semasa di warung tadi.

Cepat-cepat kami berkejar ke office abg, ketika itu aku terpaku dan tergamam, langsung tidak boleh bersuara dah, jantung berdegup usah digambarkan,sudah lama ia mengepam laju.Sayu,sebak dan bercampur baur perasaan lain ketika itu.

Semasa sampai di sana, ramai orang berkumpul, kereta park tiba-tiba, bomba dan kereta polis sudah sampai serta ambulan pun. Bising dan gamak sekeliling, manusia berbisik sesama sendiri, pihak bertugas meminta org awam memberi laluan pada pihak bomba untuk menjalankan tugas, api kini sudah dipadamkan, hitam dan hanggus kereta di depan mataku. Air mataku mula bergenang ketika memandang bangkai rangka kereta yg rasanya aku kenali.

Menitik jua ia tatkala pihak bomba memberitahu aku akan jenis kereta milik abgku. Plat yg dijumpai telah memberi pengecaman bahawa kereta yang meletup ini adalah milik abgku. Ditambah kata-kata dari 2 orang saksi yang berada di tempat kejadian ketika meletup katanya, empunya tuan milik kereta ini meletup bersama kereta ini tatkala empunya menghidupkan kereta.

Mahu terputus nafasku tika mendengar…oh aku sangat tidak boleh menerima hakikat, bederai laju air mata, aku meraung melepas geram,aku meraung kesedihan, tidak langsung boleh aku menerima hakikat bahawa dia telah pergi bersama letupan kereta ini.

Meraung aku menjerit nama abg, kuat abg Aubri memegangku, dia kini terkejut dan tergamam akan apa yang berlaku. Sungguh dia tidak kenal akan pemilik kereta yang meletup ini, namun dia tahu empunya kereta ini adalah insan yang amat disayangi Ariry.

Aku menangis semahu mungkin, erat aku memeluk insan yang dipegangku. Jiwa aku sedih dan sebak teramat sangat. Masih tergambar jelas difikiranku tiba-tiba akan wajah abg ketika kali terakhir aku berjumpa dengannya pagi tadi.

Aku tiba-tiba tidak dapat mengawal diri sungguh tidak boleh menerima hakikat ini. Tiba-tiba aku berlari ke bangkai kereta itu, niatku adalah mahu lihat dan membuktikan bahawa abg tiada dalam kereta ini ketika meletup.

Tidak sempat abg Aubri berbuat apa-apa aku terus pantas berlari, mata-mata manusia awam di tepi-tepi tiba-tiba beralih kearah larian aku. Seorang anggota bomba terkejut lalu cepat menyambar aku yang menuju kearah lingkungan tali di tempat kejadian, hampir aku menarik tali itu namun tidak sempat.

Anggota bomba itu memegang aku erat, aku meronta-ronta sekuat hati mahu melepaskan diri. Tidak aku puas hati selagi belum terbukti bahawa abg aku berada ketika letupan seperti yg diberitahu saksi. Aku mahu membuktikan bahawa mereka salah, salah sama sekali.

Melihatkan akan keadaan yang tiba-tiba kelam kabut, anggota polis yg berada sekali di tempat kejadian, meminta abg Aubri membawa aku pulang ke rumah, mereka tidak mahu aku menggangu tugas-tugas pihak pertugas di sini.

Sekuat hati abg Aubri menarik aku dan memujuk aku supaya bertenang, aku meronta mahu dilepaskan namun abg Aubri tetap tidak mahu melepaskan. Dia meyakinkan aku supaya bertenang dan menyerahkan semuanya pada pihak terbabit, dia tidak mahu aku menganggu tugas-tugas mereka.

Setelah puas memujuk tak berjaya, dia dan seorang anggota polis, mula menarik aku ke kereta. Beria-ia aku menjerit mahu dilepaskan tapi tidak dipeduli. Setelah Berjaya memasukkan aku ke kereta, abg memecut laju membawa aku ke rumah.

Kini aku bersendirian di bilik, bercelaru sedih seorang diri. Kosong tiba-tiba, mataku bengkak, pipiku merah, hatiku hancur lebur, termenung aku di birai katil.

Tiba-tiba pintu biliku diketuk bertumbi-tumbi, dari pintu kendengaran seseorang menjerit namaku. Aku senyap tidak peduli, sungguh aku tidak berminat menerima tetamu ketika ini. Aku mahu bersendiri diam.

‘Papa…buka pintu!!!Please….’Firdaus menjerit memanggil aku dari balik pintu. Suaranya bergetar, sayu dan sedih, berita yang baru didengarinya meruntun jiwa. ‘Pa, tolangla buka pintu,jangan buat Firdaus macam ni’.Jatuh jua air matanya, kerisauan dan kesedihan bercampur baur.

BERSAMBUNG…

1 comment: