Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 13]

Ramalan yang silap


Kilat yg bersambung dari langit dituju tepat kearah dia, mengena!..terpelanting dia dek renjatan kilat yang berat itu. Nafas sesak turun naik. Hally masih di posisi untuk terus melancarkan kilat. Air terburai, sesungguhnya airnya hanya pengalir kilat dan menambah bala untuknya.

Dari awal lagi dia tahu akan kehebatan orang di depannya ini, namun sikap degilnya tidak mahu rancangannya gagal tetap mahu melawan. Dia sebenarnya perlu bijak ketika ini, perlu cari kelemahan insan berambut putih didepannya jika dia tetap mahu melawan.

Angin mengganas, Hally meligatkan serangannya, tidak mahu beri peluang, langit gelap, sekeliling kelam, ribut telah datang, kilat sambung menyambung, orang awam di bawah bangunan dan jalan pelik dengan kehadiran ribut dan awan gelap tiba-tiba,serasa hari mahu hujan kilat. Hally sekali lagi melancarkan kilat kearah dia, dia berlari menuju ke arah kereta yg agak banyak dan bersembunyi untuk mangatur tindakan.

Dia boleh mati kalau dia berdegil, dengan nafas tercungap-cangip, muka berpeluh dia bersandar di kereta menyorok mencari idea untuk melawan. Terasa angin kuat menghampiri di tempat persembunyiannya.Hally menuju ke sini.

Di depannya ada sedikit kelumpuk air, dia mendapat idea tiba-tiba, menarik air mengguna keistimewaanya supaya air bergerak, mengarah air bergerak laju di lantai, dia memadang bawah kereta, ternampak kaki saingannya, lalu mengarah air menuju ke situ. Air yg mengalair berhenti tepat di kaki Hally, dan laju memanjat ke badan Hally. Hally terkejut, perhatian teralih, tanpa sedar ada sebatang besi terlontar ke arahnya. Tidak sempat mengelak terkena kepalanya.

Semua yang menyaksikan terkejut baik aku,Firdaus dan Harry . Baik sekali plan musuh yang bernama si dia ini. Dari belakang Hally yg tengah kesakitan, air membesar dan air itu menuju kearah Hally, dia mengarah air itu menggunakan tangannya untuk melemaskan Hally. Hally kini seperti terperangkap di dalam kepompong air buatan. Air itu menutup ruang udara hally untuk bernafas. Hally begerak-gerak mahu memecahkan air itu namun gagal, kepompong air itu seperti termampap kemas kuat, insan yg di depannya mengawalnya baik. Udara hally untuk bernafas disekat.

Harry yang melihat cepat-cepat ke depan mahu menghulurkan bantuan pada ibunya, dia mengarah tongkat kecilnya, magic dilancarkan. ‘redapter!!!’. Terkejut musuhnya tiba-tiba, ada tolakkan kuat menolakknya ke belakang.

Akibat terkejut, kepompong air yg dikawalnya juga pecah, Hally release, dia sudah boleh bernafas, jika Harry lambat dia akan mati tadi. Kecewa musuh yang terpelanting itu melihat. Penatnya kini, ada dua musuh perlu ditentang pula, sukar baginya untuk melawan sebab kedua orang yang dilawan punyai kehebatan tersendiri.

Gagal! Itu sahaja dalam kepalanya. Dia memandang Hally, nampaknya Hally akan berhati-hati kali ini. Perempuan itu sudah berdiri tegap, selaput matanya sudah berubah ke warna putih tanda Hally akan mengaktif keistimewaan mutannya, bermakna serangan akan diperhebatkan, kilat di luar sudah sambung menyambung,angin makin kencang!

Dengan menggunakan air yang ada dia cuba menyerang, dia mencuba mengerakkan air itu bersimpang siur terbang di udara dan cuba menyerang Hally. Oh tidak semudah itu! Hally menguatkan anginnya, seperti ribut yg kuat angin itu menolak air musunhnya sesenang satu dua tiga.

Musuhnya cuak! seperti diri bagai dalam ribut taufan , musuhnya terundur ke belakang, angin di depannya menolaknya kini ke dinding, langsung dia tidak boleh bergerak, tertampar badannya ke dinding bangunan. Nak memandang ke depan pun susah, oh dia hampir sesak nafas, angin yg menekamnya menggila.

Kereta sekeliling terlanggar sesama sendiri. Apa-apa yang ada di parking itu seperti dilanda ribut, terlayang-layang sana sini. Harry,aku dan Firdaus menyorok di belakang tangga.Nampaknya Hally ingin melancarkan anginnya tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

‘Oh my god!’ Harry terpekik tiba-tiba di kala kami menyorok di belakang tangga menghindar dari angin menggila. Firdaus dan aku terus mamandangnya. ‘Silap, aku silap kah? Dia ada kat sini! mana mungkin? Bukan ramalan kata di taman tu ka?!’Harry bersuara lagi tanpa sempat ditanya kami mengapa. Kami memandangnya hairan. Juga memandang tongkat kecil di tangannya yg bercahaya di hujung tiba-tiba. Cahaya itu makin membesar pula tu.

Dari luar, angin yang bertiup hampir-hampir menolak manusia yg telah membunuh abg Ariry keluar dari bangunan parking itu. Hally yang di depannya memandangnya tanpa belas kasihan. Musuhnya telah gagal, mahu dia ajarnya cukup-cukup dengan angin kawalannya yg menggila ini. Sebaik mungkin musuhnya itu berpaut pada batang besi di dinding bangunan parking, jika terlepas dia akan melayang keluar bangunan itu. Matinya nanti jika dia jatuh.

Satu bebola api besar muncul entah dari mana meletupkan kereta di parking beberapa meter dari Hally, angin yang kuat yang dikawal hally langsung tidak memadamkan api itu. Letupan mengejutkan Hally, angin kawalannya perlahan tiba-tiba. Jantungnya berdegup laju. Aura ini dia terasa, oh tidak!

‘Sedus!’ Serentak Hally dan Harry bersuara .Harry yang baru keluar dari belakang tangga memandang sesuatu di luar bangunan parking itu, begitu juga Hally, peluh kecil mula menitik dari dahi Hally. Musuh di depannya juga sama pucat tiba-tiba, oh tuhanku! Bukankah mereka telah mengurungnya! Musuhnya memandang Hally cuba mencari jawapan dari soalan benak fikirannya.

………………………………………………………………………………………………

No Name Green Garden

Aura yg muncul makin kuat, Andrew, John dan Ice bersedia. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kelihatan beberapa buah kereta bergerak laju menuju ke No Name Green Graden itu. Tiga buah semuanya. Pemandunya bengis dan wajahnya agak tidak jelas dari dalam kereta.

Ice keluar dari kereta bila terlihat kelibat kereta bergerak laju menuju ke arahnya. Andrew memandang ke jalan, begitu juga John. Tiga buah kereta itu sampai, betul-betul melakukan break kecemasan di hadapan kereta Ice.

Andrew pantas berjalan menuju ke Ice, John pun. Orang-orang sekeliling yang terkejut dengan ketibaan tiga buah kereta itu turut berhenti memandang ke jalan. Pintu kereta terbuka, keluar seorang yang bejaket hitam, mukanya bengis.

Dia seorang sahaja yang keluar. Dua buah kereta lagi, telah diparking kecemasan di belakangnya. ‘Ayah, tiada aura Sedus!’ Ice berbisik. ‘Dalam kereta itu ada makhluk Denym’ John pula bersuara. Tak sempat habis ayat John, Pang!!!!! Pintu kereta ditumbuk,tendang mahluk itu dan tercabut terburai ke lantai jalan, keluar lima ekor semuanya dari dalam tiga buah kereta itu. Semuanya gila bengis menumbuk pintu, memecah cermin kereta untuk keluar dari kereta masing-masing.

‘Adus!! Tak pandai guna pintu agaknya korang ni ya!’ marah sinis Lohhan sambil menepuk dahinya. Andrew, Ice dan John bersedia dengan apa-apa sahaja serangan makhluk bengis di depan mereka.

Seorang gadis yang berdekatan kereta Ice menjerit tatkala makhluk bengis itu keluar dari kereta dan seekor melompat ke atas kereta mereka. Orang awam yang lain panik, ada yang lari dan ada yang terpaku terkejut melihat makhluk yang seperti dalam cerita TV itu.

‘Kurang baik rasanya kau bawa makhluk nih ke sini Lohhan!!!’ John geram bersuara. ‘Kamu kenalkan makhluk-makhluk nih?!’ Lohhan menjawab sambil tersenyum sinis. Mana John tidak kenalnya, makhluk inilah yang ditentangnya tika ke dunia Makhluk Akhmak untuk mencari penawar anaknya.

‘Mana Sedus!!’ Andrew bengang mencelah, langsung dia tidak dapat merasa aura Sedus di sini, Lohhan yang mendengar tersenyum mengejek, bodohnya manusia di depannya ini. Ingat Sedus tak boleh hidu ke rancangan mereka tu!.

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment