Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [ Episode 5 ]

Cinta Firdaus

Melihat Firdaus sudah sedar dari tidur sakitnya melegakan aku, perasaan sgt release. Muka aku yang mendung muram tadi kini mula Nampak cahayanya. Abg disebelah turut lega dan gembira kerana orang yang disayanginya sudah sedar dan boleh bercakap. Kami tak banyak bertanya pada Firdaus, tidak mahu menggangu dirinya yang sedang sakit.

Tiba-tiba terdengar kelibat seseorang di pintu, nafasnya tercunggap-cunggap melepas lelah setelah berlari tadi bila mendapat tahu dari aku, Firdaus sudah sedar. Perlahan Syakir berlari mendapatkan Firdaus begitu juga beberapa teman rapatnya yang lain. Muka masing-masing berseri-seri disebabkan Firdaus telah sedar. Syakirlah yang paling gembira sekali.

Muka Firdaus tiba-tiba berubah bila terlihatkan wajah Syakir, mukanya sedih dan dia memaling muka ke tempat lain seperti tidak mahu menatap wajah yang menghancurkan hatinya itu. Aku di sebelah terkejut begitu juga abg, kami berpandangan dan hairan, sepatutnya Firdaus Happy,yala orang yang disayangi ada di sebelah dan mengambil berat. Beria-ia syakir bertanya Firdaus …ok ka?Awak sakit lagi? Dia begitu mengambil berat. Namun Firdaus hanya mendiamkan diri dan seperti jauh hati.

Aku mahu bertanya tapi dihalang abg, dia tidak mahuku masuk campur. Itu urusan mereka katanya. Aku,abg dan yang lain-lain perlahan-lahan mula beransur keluar mahu memberi ruang pada mereka berdua, tetapi belum sempat…’Ayah,papa nak pergi mana?Firdaus lapar mahu makan. Suapkan?’. Aku ternganga, abg tercengang dan yg lain merah muka.Syakir pula berubah riak muka. Dalam hati’ mengada plak dia’.

‘Syakir kan ada?’Abg berbunyi. Aku mengangguk dan syakir mengia. ‘Saya cuma mahu ayah dan papa aje di sini’.Suara Firdaus tegas. Kami semua berpandangan sesama sendiri. Kawan-kawan Syakir bergerak keluar seperti tidak mahu campur. Kami berdua memandang Syakir, dia mengeluh, kecewa dirinya sebab orang yg disayanginya mula menghidarinya. Dengan lambat Syakir bergerak keluar dan sempat lagi berpesan kepada kami supaya menjaga Firdaus baik-baik,ada apa-apa call dia. Kami cuma mengganguk.

Walau kami tidak faham hujung pangkal apa yang berlaku namun kami turutkan aje. Tak lama kami kenal Syakir sebenarnya. Kami cuma tahu sikit-sikit tentangnya.Baru berjumpanya 2 kali itupun semasa dia berkunjung ke rumah sebulan yang lalu.Firdaus membawanya ke rumah disebabkan Syakir mahu bertemu makciknya di sini.Seminggu selepas itu barulah kami dapat tahu bahawa mereka berdua sebenarnya kapel dan baru beberapa bulan bersama. Firdaus meminta izin dan kami tidak menghalang asal pelajarannya tidak terganggu, jika sebaliknya kami memberi syarat untuk tidak membenarkan dia menuju ke arah itu lagi tambahan dia masih muda.

Dan sekarang hasilnya begini, kami berdua masak.Yala bercinta ada pasang surut,gaduh-gaduh perkara biasa. Cuma kami tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua. Aku mahu bertanya pada Firdaus tapi sekali lagi seperti dihalang abg,katanya ini bukan masa yang sesuai, biarkan Firdaus sembuh dulu.

Firdaus cuma cedera di bahu akibat terkena peluru sesat. Kami tidak tahu dari mana datangnya peluru itu. Pihak polis yang mendatangi kami tadi pun sekadar mengambil keterangan dari Syakir dan rakan-rakan. Semuanya akan disiasat dan resultnya akan diberitahu kami secepat mungkin.

Aku dan abg agak bimbang takut-takut perkara ini berulang lagi. Setahu kami, kami tiada musuh.Aku jauh sekali, abg plak setakat musuh business adala tapi tidakla sampai masuk tahap membunuh,Firdaus juga masih budak-budak takkan bermusuh pula. Mungkin tadi peluru sesat dari pemburu burung hutang kot aku berandaian.

...............................................................................................................................................................

Canada.

‘Abg!! Anak bongsu kita masih hidup!!!Sammy call tadi bagitahu saya!!’. Hally keriangan, tidak sangka anak yang di cari selama berbelas tahun rupanya masih hidup. Andrew suami pada Hally terkejut dan turut bergembira mendengar berita baik itu. Tak sangka firasatnya yang mengatakan anaknya masih hidup selama ini betul. Walau dia hampir give up sejak peristiwa berbelas tahun dulu yang hampir menghancurkan keluarganya namun kini harapannya berbunga lagi.

Andrew menanyakan di mana anak teruna ketiganya,Sammy itu berada sekarang dan jawapan yang diperolehi adalah di ‘NEW YORK’. Nampaknya mereka harus secepat mungkin ke sana. Untuk berjumpa dengan anak bongsunya itu.

Tiba-tiba....‘Pom!!!’ ada kepulan asap putih meletup perlahan di depan mereka berdua. Terlihat Harry anak teruna ke 6 mereka muncul secara ‘telepot’. Terkejut Andrew dan Hally. Sesungguhnya mereka amat tidak mengemari kemunculan Harry begitu, mereka lebih gemar mengambil Harry di stesen keretapi setelah anaknya ini mula mahu bercuti semesta berbanding Harry menggunakan ‘telepot’ untuk pulang. Telepot adalah emergency transport/medium yang digunakan untuk menghubungkan dunia magis dan dunia manusia. Kini Harry belajar di dunia sana,jadi apa-apa dari dunia magis adalah perkara biasa bagi keluarga Andrew.

‘Mak, dia masih hidup!!! Ayah dia masih hidup dan dia tahu tentang kita semua di sini!!!’ Harry berteriak serius memberitahu mereka. ‘Siapa dia?Tahu apa?’.Hally bertanya. ‘ Sedus! Dia memang masih hidup mak,ayah dan sekarang dia sedang mencari kita di sini’.Jitu Harry melontarkan suara.

Andrew dan Hally berubah muka, terkejut! Nama yang cukup dikenali. Peristiwa berbelas tahun dulu tiba-tiba muncul diruang fikiran Andrew. Dia telah menyaksikan banyak kemusnahan.


BERSAMBUNG….

No comments:

Post a Comment