Follower(s)

Sang burung ini...


[Episode 9]

Di Café Cinta aku busy melakukan kerja-kerja aku, prepare makanan yang dipesan, lap meja, keluarkan pinggan dan cawan kotor. Begitu juga yang lain, namun kami tetap bersatu padu dengan kerja-kerja kami.Seronok plak rasanya dapat join team Café Cinta ini, mereka semua baik, becok, lawak dan periang. Aku asyik tersenyum aje. Customer pun boleh tahan ramai. Mereka seperti enjoy dengan makanan dan servis yang dihidangkan.

Rasa syukur sebab aku dapat kerja di sini, hidup pun tak sunyi macam dulu. Dah dapat ramai kawan, boleh enjoy dan bergelak ketawa. Hidup pun tak tertekan dan tak terkawal seperti dulu, kini aku bebas dan aku menentukan hidupku.Sangat seronok.

Hari ke hari menjalani kerja di café ini membuat aku rasa tenang di samping dapat jumpa dia, bos setiap hari. Dia baik,peramah, periang dan caring. Tak macam mula-mula jumpa dulu, diingin je rasa. Keadaan di sini agaknya membuat dia berubah. Dulu aku pernah dengar dari kawan baik dia, Jong[pekerja di sini juga], Mr Danial nih seorang yang liar, dingin dan pemboros. Namun akibat ketidakkawalan dia itu, dia telah diberi tugas yang berat oleh neneknya untuk membangunkan apa2 perniagaan supaya dia nampak berguna dalam keluarganya.
Disebabkan dia anak tunggal apa yang dikehendaki dia dapat, dari kasih syg yg bagai menatang minyak yg penuh sehinggalah harta benda lain. Namun dia boros dan angkuh. Neneknya dan keluarganya yang lain sudah bosan dengan kerenahnya telah mensyaratkan dia untuk dia menguruskan business keluarganya @ dia dihantar untuk ke oversea untuk sambung belajar, dimana sebelum ini pelajarannya tergendala disebabkan sikapnya yg terlalu nakal.

Dia, Mr Danial tidak mahu dan dia benci untuk sambung study. Lalu dia hampir dihalau kelurganya akibat menentang keputusan neneknya mahupun ayahnya. Tapi nasib baik untuk menyelamatkan keadaan ibunya menyuruh dia mengusahakan sebuah café.Maka lahirlah Café Cinta ini.

‘Oit, menung jauh Nampak?’-Mr Danial. Aku tersedar dan terkejut. Tiba-tiba aje ada orang tegur. Dia plak tu, bos…hu..hu..tahu-tahu aje aku mengalamun pasal dia. ‘Takdelah, tengah memikirkan sst tadi’-Rickie.’Fikir pasal apa, pasal dia ka?’-Mr Danial. Aku tahu siapa yang dimaksudkan dia. Aku rasa kini aku agak selamat sebab Arif kini tidak mengacau aku lagi selepas bos mengancamnya tempoh hari.

‘Tak lah, dia tidak kacau saya lagi, thanks bos, saya terhutang budi plak rasanya’-Rickie. ‘Ala, perkara kecik je, tak pe kalau dia kacau kamu lagi, cepat2 bgtahu saya. Saya confirm back up kamu’-Mr Danial. Wah, sampai begitu sekali. Rasa bangga plak ada pelindung sepertinya. Aku tersenyum mendengar tawarannya.

‘Kejab lagi balik kan?’-Mr Danial.Aku menganggup tanda mengiakan, memang hari ini aku kerja shift pagi maka aku akan pulang pada pukul 6pm. ‘Nanti sebelum balik teman saya boleh? Saya perlu hantar barang pesanan ke rumah customer,lepas itu saya hantar kamu balik terus ke rumah’-Mr Danial. Aku bersetuju, lagipun aku selalu temankan bos menghantar delivery,lagipun hari ini Yu E off day, kalau tak dia yang akan menghantar pesanan pelanggan menggunakan motornya.

Tiba-tiba h,set aku berdering. Dari jauh aku mendengar suara seseorang, suara itu sgt aku kenal. Wajahku berubah setelah mendengar penerangan dari sana. Kelat tiba-tiba wajahku. Bos memandang aku hairan.

No comments:

Post a Comment