Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 7] - New

‘Boom!!!!’

Kereta lalu lalang di jalan, motor laju bergerak.Bunyi bising kereta dan moto agak membingitkan aku.Namun aku tak kisah, sekarang ini yang difikir cuma masalah skuter aku ni, dia buat hal tiba-tiba plak, suka hati dia je.Habis hancus rancangan aku untuk tengok wayang. Hurrrmmm…mendengus angin keluar dariku, keluhan sebab ada masalah baru plak tiba-tiba muncul. Berpeluh aku, check moto nih macam ok je, minyak banyak lagi, tapi tak boleh hidup-hidup gak puas tekan starter. Then kit plak…tetap sama. Aku give up!!!

Nak call mintak tolong plak hanset mati sebab lupa charge pagi tadi. Bertambah masalah lagi, dahla kat tepi jalan besar area bukit-bukit. Kalau nak jumpa public phone pun kena jalan ke depan sana nuh dekat area petrol station baru ada.

Beberapa lama selepas mencuba untuk hidupkan skuter nih, akhirnya aku give up. Mula mengatur langkah mencari public phone. Angin sepoi-sepoi bertiup menyejukkan aku yang tengah berpeluh ini. Laju bergerak, mahu cepat sampai kerna atas sana matahari memancar terik, sangat panas. Laju-laju aku berjalan mahu cepat sampai ke destinasi, mahu inform my abg, at least dia boleh datang mengambil aku di sini dan cepat sikit boleh hantar moto ke kedai.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta, hampir pengsan sekejab aku dibuatnya sebab terbunyi tiba-tiba, kuat plak tu dekat sebelah aku. Sebuah kereta betul-betul berhenti sebelah aku. ‘ Ai, Ariry nape jalan kaki nih?’. Rupanya ‘Dia’.Terkejut dan tiba-tiba perasaan berdebar muncul. Seorang jejaka yg membuat aku…oh!!! Aubri, dia di depan ku sekali lagi. ‘Oh, abg…moto saya rosakla depan sana tuh, tak hidup…tak tahu nape…’jujur aku menerangkan.

Abg Aubri menanyakan aku mahu ke mana, kata aku mahu ke public phone terdekat untuk menelifon abg aku. Tak pe katanya dia boleh bantu aku untuk menenggokkan moto. Sambil tu aku cuba menghubungi my abg menggunakan h,set nyer. Syukur tiba-tiba terjumpa dia, kalau tak mesti aku kepenatan nak cari public phone nih. Sambil tu juga aku tengok dia melihat-lihat moto skuter aku tu, cuba start, cuba kit then tengok-tengok komponen kat badan moto tu. Berusaha nampaknya dia.

Aku cuba menghubungi my abg tapi phone tak berangkat. Beberapa kali mencuba tapi masih sama, lalu aku cuba mengingat no.officenya then try call, Nadia setiausaha abg aku angkat, lalu cepat-cepat aku bertanya kalau ada nampak my abg. Rupanya dia tengah meeting, patut ler tak berangkat call. Tengah-tengah bz call tiba-tiba kendengaran moto skuter aku tu hidup, terkejut. ‘ Macam mana abg buat? ‘.Tersenyum pelik aku, Nampak sangat aku buta moto. ‘See the leg la…’ jawabnya berlagak plak dia. Namun aku bersyukur at least moto nih boleh dibawa balik.

‘Thanks abg’ ikhlas je ucapan dari aku. Nasib baik terjumpa dia.Kalau tidak tak tahula apa jadi. Kemudian selepas itu dia mengajak aku ke kedai atas sana, lapar katanya. So sebagai membalas budi, dia suruh aku belanja. Tergelak aku, tapi disebabkan dia dah tolong aku so tak kisah sangat.

Kereta dia dan moto aku meluncur laju menuju ke kedai makan berhampiran. Seronok bila angin menderu, badan terasa sejuk dan mengeringkan keringat pada diriku. Aku tersenyum sendiri, sangat gembira, kini terjumpa dia lagi.

………………………………………………………………………………………………

Office

Berkali-kali Adrix menghubungi insan kesayangannya, namun tiap kali itu terus ke voice mail h,set. Risau dia, sebab tadi Nadia pembantunya memberitahu Ariry menghubunginya dan katanya emergency. Kata Ariry dia akan menghubunginya balik. Tapi sehingga saat ini h,set mahupun telifon officenya tidak berdering. Dia baru sahaja habis meeting bersama beberapa orang client pentingnya.

Beberapa minit menunggu dia mula keluar dari office, rasa mahu pulang ke rumah, mungkin Ariry menantinya di rumah itu harapnya. Bergegas dia mendapatkan kereta diparking, sebelum itu sempat berpesan pada Nadia ,jika Ariry menghubunginya Nadia perlu cepat menghubunginya balik.

Adrix mengeluarkan kunci keretanya dan mula menekan button off security, cepat dia masuk ke dalam kereta. Bag dan beberapa dokumen diletakkan ke seat belakang. Enjin mula dihidupkan. Hand break ditarik. Kereta akan bergerak

Beberapa meter dari kereta Adrix, kelihatan sesusuk tubuh lembaga hitam sedang memerhati adrix di balik tepian dinding, ada sengihan dimukanya. Nampak gaya,mangsanya sudah masuk jerat. Cepat dia mengeluarkan satu alat yang berupa butang tekan bom jarak jauh. Tanpa berlengah dia menekan. ‘Booom!!!!!’ kereta di depannya meletup.

Terkejut orang sekeliling, ada yang menunduk terkejut.Tak kurang juga yang menjerit. Panik seketika di kawasan parking itu. Guard yang berhampiran lekas menghubungi polis,bomba dan ambulans. Asap berkepul- kepul keluar, api masih marak.

…………………………………………………………………………………………................................

Warung kecil, tidak berapa jauh dari tempat kejadian

Gembira aku dapat berjumpa dengan dia, selepas jogging hari itu, dia ada sesekali sms. Itupun berbual biasa. Then lepas tu senyap sebab masing-masing bz dengan urusan masing-masing. Tambah-tambah aku sibuk sebab Firdaus telah dimasukkan ke hospital disebabkan cedera dek peluru sesat.

‘Abg sebenarnya dari mana tadi?’ tanyaku berbasi-basi sambil tangan cuba mengambil segelas fresh oren yang dipesan di tepi. Namun ralat terjadi, tiba-tiba tercuai tangan tertepis gelas tersebut, lalu jatuh pecah di bawah meja. Terkejut aku!!! Begitu juga Abg Aubri.

Tiba-tiba aku terasa lain, perasaan tidak sedap menerpa benak. Terkebil aku memandang cawan yang pecah itu. Hati mula terasa lain.

BERSAMBUNG….

No comments:

Post a Comment