Follower(s)

Adri,Andrian & Ariry [ Episode 6 ]



Kereta dipandu agak laju, jalan waktu ini agak lenggang,tetapi pemandunya kusam,kosong dan tak bermaya…apa yang dilaluinya hari ini sangat berat dan menyedihkan. Rupanya perbincangan itu tidak berjaya, dia mahu selamatkan tapi rupanya takdirnya adalah untuk berpisah dan merana.

Bagi Azam apa yang dilaluinya kini cukup memeritkan, jiwanya sangat berkecamuk, perasaanya sudah kosong, fikiran apatah lagi kusut sungguh. Tuhan memberikan ujian maha berat padanya pada hari ini.

Lama dia termenung tadi dan untuk menenangkan hatinya dia membawa diri keluar dengan memandu kereta menuju ke destinasi yang dia tidak tahu. Dia seperti mahu mati dan merasakan hidupnya kini seperti tidak berguna.

Orang yang amat disayanginya telah meninggalkannya, paling dia tidak boleh menerima adalah kerana orang ketiga, orang yang bergelar ex padanya kini sanggup memilih orang yang baru sebulan dikenali berbanding memilih dirinya yang bertahun dikenali. Hati mana yang tidak hancur dan hati mana yang tidak sedih.Dia buntu kini dan merasakan ex nya itu teramat kejam.

Dia terus membawa kereta tanpa hala tuju. Yang penting kini dia mahu melupakan segalanya.Mahu berhenti untuk memikirkan seksaan bala cinta ini.

Menitis jua air mata Azam bila mengenang hubungan cinta mereka dahulu.Dia terlalu sayangkan Izam, tapi Izam kejam sanggup buat dia macam ini.

Tiba-tiba…
Break ditekan mengejut….berdegup laju jantungnya dikala menekan brek kereta tadi, ada lembaga melambai di tengah jalan dan tiba-tiba lembaga itu hilang bila keretanya berhenti mengejut. Dia kaget berhenti dan menarik nafas…tiba-tiba masalah cinta yang dilaluinya kini seakan hilang.


Bila keadaan tenang Azam keluar dari keretanya, sekelilingnya agak gelap dan sunyi, cuma tidak berapa jauh dari situ ada cahaya lampu tiang memancar menerang jalan. Azam memerhati sekeliling dan oh tuhan dia terlihat ada seseorang terbaring kaku di atas jalan di hadapan keretanya. “Aku melanggar budak ni ke?” Azam bercakap sendiri. Namun cepat-cepat dia menghampiri remaja tadi yang terbaring di atas jalan. Remaja lelaki rupanya…”Ya tuhan! Darah!’’ terkejut azam… “Adik bangun adik!” Azam menggoncang bahu remaja itu tapi kaku, dan Azam mula merasa nadi …”Masih hidup!’’ lega rasanya Azam lalu cepat dia memapah budak itu ke kereta. Darah berlumuran, budak itu cedera teruk di bahagian belakang.

Tanpa banyak soal pedal minyak ditekan, kini misinya adalah ke hospital untuk menyelamatkan budak yang seperti dilanggarnya ini. Selepas masalah berat yang dihadapi tadi kini dia berdepan pula dengan masalah baru. Beratnya dugaan yang diberi tuhan kali ini.

Tidak sampai 15 minit dia sudah sampai ke hospital, nasib baik ‘Putra Will Hospital’ dekat je. Lalu budak itu diserahkan kepada petugas, Azam agak panik namun yang penting kini dia mahu budak ini diselamatkan.Dia tidak mahu dituduh pembunuh pula, cukuplah masalah yang ada.

Terduduk dia di kerusi menunggu tika melihat budak itu dimasukkan ke wad kecemasan, habis bajunya berlumuran darah,hanyir…mengeluh dia dengan apa yang berlaku.

Tiba-tiba hansetnya berbunyi, Azam bingkas bangun lalu menyeluk keluar h,setnya dari dalam poket. Ada satu panggilan masuk dan dia mengenali empunya panggilan itu. Lama berfikir tiba-tiba butang cancel panggilan ditekan kemudian bateri h,set dibuka. Senyap……….. Benci dia akan nama itu, terbaik kini adalah berdiam diri, malas mahu menambah masalah lagi. Azam memandang pintu bilik kecemasan…kosong…takut…sedih…sebak…lalu menitis kembali air matanya itu.


BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment