Follower(s)

Sang burung ini...

[Episode 10]

‘Abg pikir apa?! Jangan jadi budak-budak boleh?!’-Rickie, bengang plak aku ngn dia, ada ke patut tadi tiba-tiba call aku kata nk bunuh diri. Tercuak sekejab aku, serius plak tu suaranya, ala-ala macam mengugut aku. Sebelum habis kerja aku dah terpaksa minta diri dengan bos, katakan padanya hal kecemasan tapi sebenarnya sebab nak menyelamat manusia yg dah mereng ini.

Tak tahulah dia main-main atau ikhlas mahu bersama aku. Katanya jika aku tidak bersamanya balik,dia akan membunuh diri. Giler ke apa mamat ini. Aduss!!! ‘Abg tolongla jangan bergurau, tinggi tu, cepat turun!!’-Rickie, ‘Abg takkan turun selagi kamu tak berjanji dengan abg akan bersama dengan abg balik!’-Arif. ‘Nak berjanji apanya, siapa yang putuskan keputusan nih hari tu? Saya kah?’-Rickie, saje aku bertanya soalan yang dah tahu jawapan. Mahu buat dia ingat balik dan sedar akan apa yg diucapkannya itu bakal terkena batang hidungnya sendiri.
Bangunan yang kedua tertinggi di Korea ini menyaksikan satu permainan insan bernama Arif yang kononnya mahu memujuk orang yang pernah disayanginnya dan pernah bersamanya kembali balik padanya. Lepas tu siap panjat atas antena bangunan ini lagi, sengaja mahu buat aku cuak dengan keje mengada-ngadanya itu.
Namun serba sedikit terasa gak sebab dia seperti bersungguh, aku tak paham kenapa dia harus berbuat semua ini sedangkan dia memulakannya dulu. Aku yang ditinggalkan dan aku yg sakit asalnya, bukan dia. Geram plak bila fikir. Kini bila aku dah sembuh dia datang dengan alasan apa yang berlaku hari itu adalah kerana mahu menjaga hati keluarganya. Bodoh!!! Bosan dengan kerenah dia, perasaan benci kerna ditinggalkannya dulu sangat jelas hingga kini. Saje disebabkan dia tahu kelemahan aku yang mudah memaafkan orang menyebabkan dia melakukan tindakan ini setelah usaha tempoh harinya gagal.
Tiba-tiba… ‘biarlah dia, biar dia mati, masa ada bukan nak hargai, bila dah tiada baru nak tergadah’-Danial. Terkejut beruk aku sekejab, entah dari mana bos aku nih muncul, aku pun xsedar, aduyaiii!!! Aku memandangnya, dia mengambil tangan aku. ‘Kamu dah terlambat Arif, budak nih bukan milik kamu lagi, kamu xtau ke buat-buat tak tahu?’-Danial. Aku blur xtahu nak kata apa. Nampak gaya bos aku melakukan adegan-adegan seperti sebelum ini.

Tanpa aku sedar … ‘Wei!!! Kenapa kau suka jadi penyibuk! Jgn ingat aku bodohlah, aku tahu kau cuma bos dia aje, jgn nak berlakon boleh?-Arif, terkejut aku Arif sudah turun ke bawah, pandai pula dia turun serta berkesan sekali lakonan bos.

Aku senyap, agak gelabah tapi still buat-buat berlagak biasa bila hubungan lakonan kami telah dihidu. ‘Siapa berlakon? Dia memang milik aku dan aku sayang dia? Nak bukti?’-Danial. Bulat mata aku terkejut. Yang penting aku kat tengah-tengah sekarang ini, bos aku kat sebelah kanan aku dan Arif kat sebelah kiri aku. Bahagianya jadi rebutan, sempat berangan padahal dua-dua tengah sengit gaduh mulut.

‘Huh! Aku lebih kenal Rickie dari kau,aku boleh tahu sama ada dia jujur atau tidak, apatah lagi bila bab berlakon-lakon nih..’-Arif, yup tepat sekali, reaksi aku kadang-kadang boleh terkantoi. Tiba-tiba Arif tarik tangan aku, terkejut aku tertarik ke arahnya. Then tiba-tiba plak bos aku menarik aku , aku tertarik ke kanan pula, woi! permainan apa ini?

Arif kembali menarik tangan aku, dia menenung muka aku yg mula menghampiri dirinya.’Kamu xjujur kan? Semua ni tipu dan lakonan kan?’-Arif. ‘Ak..ak..a..’-Rickie, perkataan yg keluar hanyalah putus-putus, kantoi sungguh aku nih. Yala mana mungkin nak berlakon time-time macam nih. Terlupa sekejab aku akan benci lama pada Arif, at least apa yg dia buat hari ini menunjukkan dia mahu memperjuangkan kembali cintanya pada aku. Ada perasaan terharu plak di jiwa aku. Teralpa sekejab.

Entah macam mana, tiba-tiba bos aku menarik aku kembali. Aku terkejut, kaki tak sempat nak perkemaskan, dia tersilang, aku tersandung, nak jatuh, tarikkan kuat membawa aku jatuh tapi bos cepat menarik menyambut.

Oh tidak!!!adegan yang hanya berlaku dalam series Korea drama telah berlaku pada aku. Aku telah ter…..oh tidakkk!!!!

Bulat mata Arif memandang, dia terkejut! Merah padam…

No comments:

Post a Comment