Follower(s)

Adri,Andrian & Ariry [ Episode 4 ]



Ariry berjalan tanpa menoleh belakang tapi dia berhenti sekejab, terasa sesuatu, ada orang mengekori. Jantung mula berdegup pantas, kali ini dia memberanikan diri untuk berpusing dan memandang belakang, tapi tiada apa. Sunyi aje…hanya dapat di dengar daun-daun kering yang ditiup angin.



Telinga Ariry mula peka, mahu mendengar dengan teliti sebab tadi dia dapat menangkap ada seseorang cuba mengekorinya.Mukanya masam,mungkin geram dengan manusia yang suka main sorok-sorok.



Dia kembali berpusing dan mula meneruskan perjalanan,sengaja mahu mengumpan tapi seperti yang diduga mereka datang!!!



Menuju laju ke arah Ariry, tapi bukan manusia cuma pedang….meluncur laju, ia dilancar dengan baik straight ke depan macam peluru yang dilepaskan dari pistol.



Ariry cuba mengelak dan berjaya!!! Sipi dan nasib baik tidak terkena Ariry, dengan kepakaran yang ada Ariry cuba menghadapi sebarang kemungkinan. Tiga ninja bertopeng muncul entah dari mana, serba hitam dan tangkas, melompat baik dari sekeliling pokok dan dari dahan ke dahan cuba mengelirukan pandangan Ariry.



Tak semudah itu ok dan jangan pandang rendah pada Ariry, seni mempertahankan diri dia jangan diperlekeh.



Ninja pertama menuju laju ke arah Ariry, cuba menyerang pantas dengan pedang yang begitu tajam, mahu menetak kepala ariry dan Ariry pantas mengelak. Ninja itu mula melibas ke kiri dan ke kanan pula tetap berjaya dielak Ariry.



Ariry bersedia segenap penjuru mengelak dari dicederakan. Pedang dihunus pula untuk menikam, setapak Ariry mengundur dan laju menggunakan dua tapak tangan dia memegang mata pedang itu lalu mengunci kemas kemudian memusingkan mata pedang itu menggunakan kudratnya. Berjaya! Ninja itu berpusing sama dan Ariry menendang ninja pertama itu sepantas mungkin tika dia terpusing tadi lalu terpelanting ke depan.



Walau saiz ketinggian Ariry agak rendah berbanding ninja pertama itu tapi kekuatannya mengejutkan. Stamina Ariry nampaknya kuat.



Melihat kekalahan ninja pertama, sepantas mungkin ninja kedua cuba menyerang pula manakala ninja ketiga sedang mencari titik kelemahan Ariry, matanya ligat mencuri pandang kelibat kelincahan Ariry untuk mengesan kelemahan pergerakan.



Sengit! Ninja kedua menyerang bertalu-talu dan lagi laju berbanding ninja pertama, masa dan ruang untuk mengatur langkah langsung tidak diberi pada Ariry, kelebihan memiliki senjata membuat dia bertambah yakin.



Ariry sepantas mungkin cuba mengelak dari dicederakan pedang ninja itu, dia melompat,mengelak dan berpusing, langkah diatur mengikut serangan musuhnya namun dielak dengan baik. Dia mengundur ke belakang laju lalu cuba mencapai rating kayu berhampiran, mahu dijadikan senjata pertahanan.



Pam! Ranting kayu dan pedang berlaga tetapi anehnya ranting yang kecil itu tidak patah, Ariry bijak dengan melembutkan serangan dia berjaya mengelak ranting itu dari patah.Ranting itu akan menjadi senjata pertahanan dirinya



Nampak gaya, tiga ninja itu beria benar mahu membunuh Ariry. Sebuah pertarungan ala-ala kungfu berlaku dengan pantas! Dan tiga lawan satu!




BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment