Follower(s)

Sang burung ini...

[Episode 4]

Malu gila-gila…terselak plak tu, he..he…merah padam wajah putih bos aku tu. Cepat-cepat aku berdiri dan bergerak ke bilik, masa nih muka aku merah giler, xble cakap ape-ape dah. Aku masuk bilik then perkena seluar dan baju.
Bila keluar bos aku sedang duduk2 kat sofa. ‘Boss mahu mandi? Ni tuala’-Rickie. Tersenyum dia memandang aku, muka aku kemerahan balik,siot aje, nak gelakkan aku la tu. ‘Awak comel rr’-Mr Danial. Dengan selamba dan tersenyum dia menyambut tuala dan berlalu ke bilik air. Tersipu-sipu aku then aku buat bodoh aje di atas apa yang berlaku.

Sambil bos aku mandi aku ke bilik mengambil toto, sebiji bantal dan selimut bersih. Nasib baik ada simpanan pemberian seseorang sebelum nih, at least dia, boss aku boleh tidur dengan selesa, walau jauh di sudut hati aku rasa segan plak, maklumlah dia dari keluarga berada.
Lebih kurang 15 minit kemudian, dia keluar dari bilik air. Aku memandang sekilas dan berpesan padanya, semua kelengkapan tidur dah ready. Dia tersenyum dan berterima kasih. Aku mula beredar ke bilik. Tiba-tiba dia berbunyi ‘ni kena hati-hati nih, saya bertuala aje, kang jatuh kang’-Mr Danial. Selamba aja dia peril aku, cis!!! Muka aku merah padam tiba-tiba, cepat aku blah ke dalam bilik.
Namun ada senyuman di bibir, ada perasaan senang sebab dia di sini. Macam mana la kereta dia boleh rosak memalam buta nih, tau2 je dia plak tu rumah aku.

Diluar, Danial mula menyelesakan diri dengan tempat tidurnya, mungkin ada sedikit kekok dengan sekeliling namun dia tetap selesa, walau rumah ini kecil sahaja tetapi bersih dan comel, secomel pemiliknya. Tiba-tiba je terlintas adegan secara tak sengaja tadi, masih ingat lagi macam ana Rickie terjatuh di pangkuannya. Sudah lama dia memerhati budak ini since 1st time dia melihatnya semasa interview seminggu yang lepas, ada sesuatu yang menarik minatnya, yang dia sendiri tidak ketahui. Namun dia amat menyenangi budak ini.

No comments:

Post a Comment