Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 11]

Sengit!


Sebuah kereta bergerak laju, ada tiga penumpang di dalamnya. Mereka tidak banyak bercakap, sekadar sunyi, mungkin risau dengan apa yang bakal mereka hadapi nanti. Ada dua insan yang paling di nanti.Kini mereka sudah mengetahui di mana dua insan ini berada. Mereka perlu segera, takut ada apa-apa yang tidak baik berlaku.

‘Wajahnya sgt comel,saling tak tumpah macam Harry ketika kecil dulu’.Tiba-tiba sahaja Hally bersuara sambil tangan memegang sekeping gambar kecil. ‘Mak, saya tak sedap hati la, dapat rasa mereka dalam bahaya’.Ada suatu perasaan pelik tiba-tiba muncul pada Harry, tongkat kecil sakti yang dipegang tiba-tiba menyala bercahaya di hujungnya. Tanda seseorang yang cuba di kesannya dalam bahaya.Air muka Hally berubah, riak kerisauan jelas.

‘Apa yang berlaku? Sammy berbunyi tiba-tiba, sedari tadi dia hanya diam fokus pada pemanduan. Dia tahu ke mana mahu dituju disebabkan dia telah menjumpai dua insan yang dicari ini kira-kira seminggu yang lalu. Ibunya mahu sangat berjumpa dengan mereka ini, maklumlah mereka sudah lama terpisah.

………………………………………………………………………………………………

Parking, office Adrix

Air besar mengalir deras di depan, mengelabah aku, sambil turut risau akan keselamatan firdaus. Cepat-cepat aku berlari mendapatkan Firdaus, air deras yang seperti terbang di udara itu datang dari tangki berhampiran yang dipecahkan manusia misteri itu. ‘Firdaus tunduk!’ arah aku dengan suara yang lantang. Cepat-cepat aku mendepankan kedua belah tangan, aksi seperti mahu menahan air deras di depan yang menuju kearah kami. Sepenuh tenaga ku mengerahkan keistimewaan aku untuk menahan air yang mensyaitankan ini, yang dikawal khas oleh insan misteri di depan.

Aku nekad mahu melawan, aku mahu tahu betulkah dia telah membunuh orang yang aku sayangi itu? Mahu tahu kenapa dia mahu melakukan itu? Jika benar dialah pembunuh itu, hutang darah mesti dibayar dengan darah.

Air di depan ku laju, aku pejam mata, fikiran menumpu, Firdaus terkejut dengan tindakan aku, silap hari bulan kami boleh dirempuh dengan air yang membukit ini. Namun sebaliknya yg berlaku air itu seperti tertahan serta langsung tidak mengenai kami. Insan misteri di depan kami ini seperti boleh mengagak, lalu dia mengarah menggunakan tangan dia supaya air itu menumpu balik dan berputar di atas.

Aku menelan air liur, apa tindakan dia selepas ini? Kami melihat dengan gerun, ini pertama kali kami menghadapi serangan luar biasa ini. Air itu tiba-tiba bergerak dan berpecah, Nampak gayanya ia akan menyerang dari segenap penjuru.

Aku sangat risau, aku mengarahkan supaya Firdaus pergi dari sini tapi tidak sempat, air itu cuba menyerang kami bertalu dari segenap penjuru. Aku cuba mengembangkan kuasa aku agar ia tertahan, namun bukannya senang dan aku tidak berpengalaman menahan serangan dari segenap penjuru. Akibatnya aku dan Firdaus terpelanting ke belakang.

Air yang menolak kami tadi membesar balik tiba-tiba dan berpusing haluan, dari jauh dapat di lihat dia ligat memainkan peranan tangan untuk mengarah air menyerang kami, aku buntu tiba-tiba, dan air itu mengganas menuju kearah kami lagi. Sedaya upaya aku cuba menahan dan mengelak namun tiba-tiba air itu seperti berubah haluan. Ia menuju kearah Firdaus.

Sekelip mata, Firdaus di tolak oleh air, laju jauh ke depan. Berhenti bila Firdaus melanggar dinding, air itu tidak berhenti, terus menolak Firdaus di dinding dan air itu seperti mahu melemaskan Firdaus.Aku cemas dan berlari menuju kearah Firdaus. Aku menjerit menyuruh dia berhenti dari melakukan tindakan ini tapi aku tahu sia-sia sahaja, dia memang berniat untuk membunuh kami berdua.

Tiada cara lain, melainkan aku melawan,kalau tidak Firdaus akan mati. Aku pandang dia dan pandang sekeliling, hanya kereta sahaja yg ada di sekeliling. Tanpa berfikir panjang aku menarik kereta di belakangnya. Tangan aku di angkat ke depan, dengan susah payah aku cuba menarik menggunakan keistimewaan aku. Anehnya kereta itu cuma menggeletar di tempatnya, dia perasaan dan tiba-tiba tanpa di sangka kereta itu tertarik laju, sungguh aku tidak terkawal.

Dia terkejut mahu menggelak namun tidak sempat, badannya tertolak dek kereta tersebut, dia terpelanting ke depan. Walau tanpa di sangka kereta itu bergerak namun aku puas, sekurang-kurangnya ia mengganggu perhatian manusia tak berguna di depan aku ini.

Firdaus yang dihempap air di dinding dan hampir kelemasan, terjatuh serta air itu terburai ke bawah, basah sekeliling dan lecah dengan air merata-rata. Aku berlari mendapatkan Firdaus, cepat menarik tangannya mahu secepat mungkin pergi dari situ. Parah jika aku tetap mahu melawan, lagipun aku akan kembali mencarinya balik bila sudah bersedia.

Entah dari mana tiba-tiba air muncul balik, kami berpaling ke belakang, dia berdiri dan berjalan laju kearah kami, wajahnya tersenyum sinis, kereta yang melanggarnya tadi seperti tidak mengapa-apakannya. Air yang berterbangan di udara bergerak laju, aku menarik tangan Firdaus mahu ke depan melepaskan diri namun tidak sempat air itu laju menerkam kami, kami berlari lagi ke posisi lain juga begitu. Sememangnya dia tidak mahu kami melepaskan diri.

Kami berdua tercegat, nampaknya kami terperangkap tidak boleh bergerak ke mana-mana lagi. Dia mengarah air menolak aku ke depan, terpelanting aku. Firdaus tercampak ke tepi, aku cepat bingkas bangun dan spontan menghulur tangan dengan gaya seperti menolak, aku menolak dia manusia tak berguna itu. Dia terhempas ke belakang, seperti ada aura yang menolak dia ke belakang dengan lajunya. Dia seperti terkejut, tidak sangka aku melakukan gaya itu, nampak gayanya aku seperti mula mempelajari langkah-langkah istimewa yang baru.

Dia bingkas bangun seperti tidak mahu memberi peluang kepada aku dan mengarah airnya kembali menyerang aku. Aku mula mengatur langkah melarikan diri dan cuba mengelak dari serangan mendadak sang air itu. Beberapa kali serangan gagal namun ada juga serangan mendadak mencampakkan aku terpelanting tiba-tiba.

Aku cuba menarik apa sahaja yang terpandang dek mata, laju aku menolaknya kearah manusia berkuasa air di depanku. Namun dia pantas mengelak, dia seperti boleh membaca percubaan aku.

Dari jauh terlihat kelibat beberapa orang yang menuju ke parking , mereka terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata. Untuk tidak membuang masa dan menampah curiga lagi, dia seperti berhenti sejenak dan mengumpul tenaga. Aku hanya diam memerhati sambil cuba mencari ikhtiar mahu melawan.

Dia membesarkan air yang terapung di udara. Kali ini dia mahu air itu membesar lagi dan beberapa saat sahaja air itu membesar dengan senangnya. Aku cuak, jalan buntu tiada ruang lagi untuk menggelak, tambah-tambah aku sangat risau dengan keselamatan Firdaus di depan.

Tiba-tiba…Bom!!!! Bunyi letupan nyaring di belakang aku. Kilat memancar laju menuju ke arah bebola air yang membesar di depan aku. Hanya lebur serta merta bebola air itu, keadaan sekeliling tiba-tiba gelap, langit di depan yang cerah putih tiba-tiba gelap ditutupi awan yang tiba-tiba muncul, terasa angin mula bertiup ganas di sekeliling.

‘Jahanam!!! Jangan masuk campur lah!!!’.Dia manusia tak berguna itu menjerit tiba-tiba, matanya tertumpu ke belakang. Aku berpusing dan terlihatlah seorang wanita yang berambut pendek putih berdiri tegak dan bolah matanya putih memandang bengis.

Angin tiba-tiba menderu laju dan mengganas….aku makin risau….siapakah wanita di belakangku ini? Bertambah seorang lagikah orang yang mahu membunuh kami? Aku makin takut. Aku memandang Firdaus, apa-apa pun keselamatan dia yang harus diutamakan.

BERSAMBUNG…..



No comments:

Post a Comment