Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 14]

I'm in love- Part 1


Beberapa tahun yang lalu…

Ingat lagi hari itu, matahari memancar terang,angin yang hanya sepoi-sepoi bahasa bertiup, burung terbang tenang sekawan dan pepohon beralun lembut ditiup angin , hijau sungguh daunnya, cantik keadaan itu dan aku suka.

Aku berjalan, seorang diri, membawa sebuah novel, novel biasa,novel cinta yang ke-3 mungkin aku miliki. Tajuknya ‘Cinta dia’, tak tahu napa aku pilih buku ini haritu semasa membelinya. Baca synopsis kat belakang covernya terus jatuh cinta. Ye…aku pernah jatuh cinta, tapi hanya cinta angin shj I guess…cinta yang aku rasa hanya aku miliki, tidak dia. Itu cerita lama…

Hurrrmmm…bercakap tentang perasaan pada masa ini membuat aku terimbau dia,teringat dia, oh…manala dia? Ha..ha..aku hanya berangan di siang hari yg indah ini sahaja. Mana mungkin dia muncul,mana mungkin cinta ini bersambut.Mengeluh aku seketika, just perasaan yg hanya dibuai kenangan.

Aku berhenti di sebuah taman, taman ini indah, aku selalu kunjungi ia, ia terurus,comel…ada view yg aku suka, tasik, pepohon, air pancut dan deretan kedai di seberang..dirancang baik…aku suka…aku tenang ketika di sini. Sinilah tempat yang aku singgah hampir setiap hari. Setiap kali habis waktu belajar dan setiap kali habis waktu bekerja. Segala penat semua hilang di sini.

Aku duduk di sebuah kerusi yang selalu aku hamparkan punggungku. Selepas membeli sebotol air mineral tadi, aku cepat-cepat ke kerusi yang aku selalu chop di sini.Syukur tiada siapa lagi singgah duduk. Ku menarik nafas tenang menghirup udara segar dan mula membaca novel yg dibawa ini.

Baru dua muka surat aku membaca kusyuk, tiba-tiba aku terasa ada seseorang singgah di sebelahku, duduk di kerusi ini.Tidakku marah sebab ini kerusi untuk umum/awam, ku ketepi memberi sedikit ruang untuknya.Tidak ku melihat siapa kerna kusyuk membaca. Selalu sahaja aku di sini, membaca dan kadang-kadang hanya berehat semata. Ada juga pengunjung yang duduk di sebelahku menegur, just berbasi-basi, menegur sebagai tanda hormat @ berkenalan biasa.

Ada bau enak singgah di hidungku. Bau perfumenya enak dan wangi, walau terbau perfume bercampur peluh tapi semakin berpeluh dan panas orang di sisiku bertambah harumannya.Haruman yang aku suka I guess. Ku sunyi, tidak berani menegur dan terlalu enak serta kusyuk dengan pembacaanku. Dapat kudengar dengusan laju nafasnya, baru berhenti berjogging rasanya dan dia singgah di kerusi ini. Ku mengerling sepintas, duduk di sebelah adalah seorang pemuda yang bert,shirt putih, memegang sehelai tuala kecil mengesat peluh yang keluar, sweaternya di letak di tepi.

Tiba-tiba h,set aku berdering, beralun tone h,set bingkas aku meletak novel ke tepi dan menyeluk saku, laju aku mengambil dari dalam kocek, entah macam mana syilling bertaburan, bertaburan di lantai simen jalan kecil untuk lalu lalang pengunjung, ada yang bergolek, ada yang bertaburan sana sini. Syilling aku sangat banyak sebab tadi orang kedai seberang jalan sana kehabisan duit kertas untuk diberi, diberinya aku syilling dan aku pula aneh tak membantah untuk menerima, mungkin sebab mood aku baik kot.

Ku melilau melihat syilling berterabur, pemuda sebelah ku perasaan, aku cuba mengutip sambil menekan punat on call. Namun aduhai…miscall sahaja..geram…tetapi entah macam mana sambil mengutip duit syilling serta menyimpan handphone ke dalam laci aku terhantuk kepala dengan pemuda di sebelahku.Ouch!!!! serentak kami bersuara, rupanya dia cuba membantu aku mengutip syilling. Ku menggosok dahi, dia pun, ada sedikit sakit. ‘Maaf…’kataku sambil memandangnya, dia juga memandangku sambil menggosok dahinya yang kelihatan sakit.

Mata bertentang, oh tuhan, hensemnya…..boleh?! itu perkara pertama aku terpikir ketika pertama kali melihat matanya. Dia tersenyum memandangku sambil cuba membantu mengutip duit syiling walhal tangan satu lagi sibuk menggosok dahi.

Setelah semua syilling dikutip bersama lalu dia menyerah padaku. ‘Terima kasih’ kataku lembut. ‘Sama-sama, wah banyak syilling’ katanya pula. Tersipu aku sekejab, yala agak aneh mana ada orang bawa syilling banyak-banyak pada zaman sekarang kan?’ Rajin membaca’ katanya lagi sambil tangan cuba mengambil dan melihat tajuk novelku. Aku tersenyum….

‘Waaa…novel cinta, what a romantic!’ Lembut tuturnya. Aku mengganguk dan merah padam…ya rrr mana sesuai budak remaja lelaki seperti aku baca novel-novel macam nih, tak macho rr beb!! Hu…hu..tersipu-sipu lagi aku. Aku cepat-cepat mengambil novelku darinya.

Aku seperti kembali menyambung pembacaan dan dia sekadar duduk kosong kembali di sebelah, tiba-tiba….’I’m Adrix’ dia tiba-tiba pula memperkenalkan diri sembil menghulur tangan untuk berjabat. Aku menyambut mesra tangannya membalas dengan menyebut namaku pula. Dia tersenyum manis…oh makin hensem la…

‘Awak nih, selalu lepak sini ekk? Selalu gak nampak awak duduk kat kerusi nih membaca…’ Dia ramah bertutur meneka. Aku menganguk lembut…betul katanya.’ Awak pun selalu kat sini ka? Tak pernah nampak pun’ Aku pula bersuara, ya memang aku mana pernah nampak dia di sini. ‘Tak selalu sangat, just jogging aje with my fren teman dia’dia membalas dan aku mengganguk lagi.

Tak sangka dari berbual biasa, kami beramah pula, rancak tetiba sebab dia rajin bertanya Tanya macam-macam, tak macam aku Cuma banyak respon pada soalannya sahaja. Yala aku nih pemalu sikit, pendiam dan kawan pun tak ramai. Jadi tambah kekok kalau berbual dengan orang apatah lagi dengan orang yang baru aje aku kenal.

‘Awak tinggal di mana?’Dia bertanya..’Ester street, tak jauh dari sini’ itula aku hanya menjawab apa yang ditanya shj. Dia mengangguk dan tersenyum manis. Ada sesuatu yang istimewa tentang pemuda bernama Adrix ini. Dia seperti baik, peramah, sopan…orangnya pula berkulit cerah, tinggi, berambut gelap, badan agak tough seperti selalu ke gim…waa ..manis…rasanya antara top list jejaka tampanlah…Agak berdebar jatungku ketika berbual dengannya, diriku rasa lain, special dan agak sukar lagi untuk diungkap. Baunya enak…oh…ketika mata bertentang pula aku cepat-cepat mengalih, pandangan matanya membuat aku malu. Senyuman juga manis,menggoda dan menawan.

Tiba-tiba h,setnya berdering….’Alo…mana?’ dia seperti mencari seseorang dan dari jauh aku melihat kawannya melambai, dia yang sudah bangun kelihatan mahu beredar.Dia menoleh dan aku tersenyum. ‘Mahu pulang?’ aku bertanya soalan yang aku sendiri dah tahu jawapan. Dia mengangguk comel, nice to meet you katanya. Kemudian beredar laju, aku memandangnya pergi dengan lirikan mata, tak berkelip. Sehingga dia sampai kepada temannya baru aku tersedar. Dia seperti menoleh memandang ke arah aku. Aku terkejut dan mengangkat tangan melambai selamat tinggal, dia pun.Setelah dia memasuki kereta kawannya yang dipark sebelah jalan.Aku kembali mengambil memandang novelku. Kereta yang dinaikinya telah bergerak laju.

Aku kembali kusyuk menyambung pembacaan tetapi sampai satu peringkat aku berhenti, tersenyum sekejab memandang tasik…perasaan apa ini? Tiba-tiba aje benak aku bersuara. Angin bertiup sepoi-sepoi, nyaman dan aku terbau sesuatu…bau tadi…bau perfume tadi…bau perfume seorang pemuda yang telah membuat aku tersenyum…aku memandang ke tepi. ‘Oh…dia tertinggal sweaternya’ aku bersuara sendiri. Aku mengambil perlahan, ada rasa riang tiba-tiba, mungkinkah aku akan berjumpannya lagi.

Tersenyum…terbayang wajak kacaknya kembali….

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment