Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 15] – New

I’m in love-Part 2

Aku berjalan seorang diri selepas sahaja balik dari kerja, masa ni sudah pukul 9.25malam, agak penat tapi terpaksa juga berjalan, ku melalui jalan-jalan pejalan kaki, di sebelah adalah jalan raya besar dan kereta berpusu-pusu laju bergerak. Sambil berjalan ku melayan lagu melalui mp3 playerku. Lagu yang segar menambah semangat walau diri mahu aje sampai cepat ke rumah, mahu tidur kerna esok ada kelas 8.00am.

Aku sebenarnya belajar sambil bekerja, penat juga hari-hari macam ni namun aku redha, sebab aku cuma yatim piatu tiada siapa boleh menyara aku. Penjaga aku yang aku panggil Uncle Krunk tidak selalu berada di rumah, dia selalu bekerja di luar, selalu mengikuti rombongan kerjanya, pulang hanya seperti persingahan walaupun rumah yang aku duduki sekarang adalah rumahnya.Aku sekadar menumpang. Sejak kecil aku dipelihara olehnya. Dia sendiri pun tidak tahu siapa ibu bapa kandungku. Untuk duit belanja, hanya sesekali dia memberiku, itupun tika mood dia baik atau berkesempatan. Aku tak pernah meminta padanya, dapat menumpang di rumahnya itu sudah dikira bersyukur.

Sedang kusyuk aku berjalan, tiba-tiba aku disergah oleh sekumpulan orang lelaki, sudah tentu aku tidak kenal mereka. Aku terpinga, entah macam mana, salah seorang mengeluarkan pisau lalu menarik tanganku, secepat juga dia meletakkan pisau dileherku. Aku cuak, terkejut dan juga takut. Kawan-kawannya menyelongkar bag aku dan juga wallet aku. Habis buku aku bertaburan di jalan tika mereka menyelongkar beg galasku, aku dipaksa mengeluarkan apa sahaja yang berharga.

‘Cepat!!!!’ pekik lelaki gengstar yang aku forsure tak kenal dia. ‘Tak de apa lah, saya tiada apa-apa yang berharga!’ aku seperti merayu menerangkan. Sebenarnya mereka tidak bernasib baik sebab merompak orang miskin seperti aku. Namun sedikit wang yang ada dalam walletku mereka tetap ambil. Mereka masih menyelongkar bag galas aku, namun tiada berjumpa apa-apa melainkan buku-buku pelajaranku yang bertaburan tadi.

Tiba-tiba seorang mengeluarkan ATM card dari dalam walletku, menarik tanganku dan mahu membawa aku untuk ke ATM berdekatan. Dalam minda aku ketika ini aku sudah tahu apa rancangan mereka, mereka mahu mengambil semua wang dalam simpanan aku. Aku menggeletar, aku risau, itu sahaja wang yang aku ada sebagai simpanan hidupku juga masa depanku. Segala penah jerih mengumpul wang itu masih aku ingat namun kini ia akan melayang pergi begitu sahaja ke dalam tangan mereka. Aku berdebar….aku ditolak mereka supaya cepat mengikut langkah mereka.

‘Tolongla korang, aku tak berwang, tiada wang dalam kad itu,aku budak miskin..’ aku cuba menipu walau aku tahu mereka tetap tidak mahu mengedahkan. Tangan aku ditarik semahu mereka, pisau masih dipegang lelaki itu. Masih mengacu padaku untuk menakutkan aku. Hampir menanggis aku ketika ini, mahu melawan tidak berdaya, mereka pula ramai, sudahlah sepanjang lorong yang dilalui kami agak gelap, pandai mereka memilih lorong menuju ke ATM yang terdekat. Aku risau, dalam minda terbayang macam mana wang simpanan aku hilang begitu sahaja. Namun begitu terfikir juga nyawa aku ketika ini adalah lebih penting.

‘Tolong!!! Tolonglah lepaskan saya…’ mendatar menggeletar aku merayu supaya dilepaskan lagi. Mereka tidak peduli dan mengheret aku ke ATM terdekat. Tiba-tiba…’Hoi!!!! ‘ kuat pekikan suara seorang lelaki dari jauh. Kami semua berpaling serentak, dalam kesunyian lorong jalan kami semua terpadang seorang lelaki yang menuju yakin kearah kami. Aku tersangat lega, sekurangnya ada seorang menyedari akan niat jahat mereka. Aku terselamat sangkaku.

‘Lepaskan dia!!’ dalam samar cahaya malam aku dapat melihat mukanya. Oh aku kenal, abg please selamatkan aku, bermonolog aku sekejab. Seorang dari mereka cepat menarik aku dan macam tadi dia meletak pisau dileher aku. Silap haribulan aku boleh terbunuh jika pisau itu tertoreh dileherku. Aku tergamam.

Lelaki yang cuba menyelamatkan aku, berhenti, mengangkat tangan meminta lelaki yang meletakkan pisau dileherku supaya bertenang. Nafasku tercunggap-cunggap, menggeletar. Ini pertama kali dalam hidupku aku dirompak apatah lagi diletakkan pisau dileherku. Cuak sesangat

‘Bertenang!! Lepaskan dia, kalau kamu nak wang aku boleh bagi, tapi lepaskan dia’ separa merayu lelaki itu kepada perompak-perompak ini sambil mengeluarkan dompet dan mengeluarkan wang yang agak banyak untuk mengelabui mata perompak itu. Aku yang mendengar agak terharu dan dalam masa yang sama takut dengan tindakan bukan-bukan perompak ini.

Perompak yang mendengar kata-kata lelaki itu mula berbincang sesama sendiri, wang di tangan lelaki itu mula mengelabui mata mereka. ‘Serahkan wang, kami lepas budak nih!’ salah seorang antara mereka bersuara setelah berbincang pendek tadi. ‘Boleh! Lepaskan dia dulu!’ lelaki itu sekali lagi bersuara.

Perompak itu mula melepaskan aku, aku laju beranjak ke depan, salah seorang perompak itu pula bergerak mahu mengambil wang dari penyelamat aku, tetapi belum sempat perompak itu mengambil wang, sang penyelamat menunding jari ke atas kepala kami, terdengar ‘dang!..dang!..’ bunyi seperti air melanggar tangki di atas kami, terlihat tangki itu seperti bocor, air mula bercucuran, semua kaget memandang ke atas termasuk aku.’Dang!.. Boom!’ tangki pecah, semua terperanjat.

Dalam keadaan terkejut yang amat tangan aku ditarik, kami berlari, perompak-perompak itu mula mengatur langkah juga untuk melarikan diri tetapi tidak sempat, air yg seperti berbentuk burung garuda itu melanggar mereka. Semacam mimpi, namun itu yang aku lihat tika laju berlari dan tertoleh sekejab ke belakang.

Sang penyelamat membawa aku lari jauh sehingga kami berhenti di suatu tempat, kami berdua tercunggap-cunggap tika berhenti, lelah setelah jauh berlari. Dia memandang aku tersenyum.‘Tadi…air….bentuk burung!’ aku tercunggap-cunggap bercerita, sungguh aku tidak percaya dengan apa yg aku lihat, dia tersenyum. ‘Kamu ok?’ Dia bertanya dan aku menganguk laju. ‘Jom! Saya hantar kamu balik’ dia menarik tangan aku dan berjalan sehingga sampai ke sebuah kereta. Aku menaiki kereta miliknya.

Di dalam kereta kami berdua sunyi, aku sebenarnya mahu bertanya atas apa yg berlaku tadi tetapi disebabkan dia senyap aku turut senyap. ‘Oh ya, rumah adik dekat mana?’ dia bertanya tenang walhal sudah lama kereta yang dinaiki kami ni bergerak. ‘Oh, sorry lupa, ikut Jalan Merry CT depan tu’ aku menjawab soalan yang ditanyannya. ‘Terima kasih tadi membantu saya, nasib baik abg muncul, kalau tidak tak tahula apa jadi’ Aku mula bersuara setelah conversation mula start. Dia menganguk tanda menerima.

‘Kamu masih ingat saya’ dia bertanya lagi dan memandang sekejab kearah aku.’A ah, abg ni Adrix kan?’ Aku menjawab soalannya dengan yakin, mana mungkin aku melupakannya, lagipun dia telah menyelamatkan aku tadi.

Tak sampai sepuluh minit aku sampai di rumah . Kereta berhenti dan aku mula turun.Aku tersenyum padanya. Sekali lagi berterima kasih atas bantuannya tadi.’Lain kali jangan guna short cut tu lagi, lorong tu gelap dan memberhaya’sempat lagi dia berpesan. ‘Nak guna jalan mana lagi abg? itu je yang paling dekat dari tempat kerja saya’ Aku menjawab yakin dan dia tersenyum. ‘Biar jauh, asal selamat, tak pun nanti saya ambil kamu’ dia seperti bergurau memberitahu aku. Aku agak terkejut dan tersenyum.

Okla balik dulu, jumpa lagi ya!’ Dia bersuara lagi dan mula menghidupkan enjin kereta. Aku mengangguk tetapi tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.’ Abg tunggu jab!’ aku bersuara memanggil. Dia memberhentikan kereta, sambil memandangku.’ Abg, tunggu jab, saya masuk rumah ambil sweater abg yang tertinggal haritu’ aku memberitahu sambil bingkas ke dalam rumah berlari. Dia terpinga-pinga, seperti tidak paham dengan apa yang diberitahu aku.

Tak sampai tiga minit aku kembali berlari keluar rumah mendapatkannya.’Nah, abg punya sweater tertinggal masa berjumpa saya di taman hari tu’ aku memberitahunya dan dia terangguk-angguk tanda sudah ingat. Dia tersenyum manis dan berterima kasih padaku. ‘Thanks, patutla saya tercari-cari sweater nih, ingatkan hilang rupanya tertinggal,hu..hu..me kasih sebab tolong simpan’ Dia manis tersenyum berterima kasih padaku. Aku mengganguk dan tiba-tiba dia menghulurkan sekeping kad. Aku menyambut tenang.

‘Bosan-bosan nak lepak ajak makan ke apa ke, call ekk’Dia memberitahu aku. Rupanya business card nya yang dibagi aku. Aku mengangguk tanda sudi. Dia kembali tersenyum, manis sekali senyumannya, siapa yang terlihat mesti terpikat.

Keretanya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah, aku tersenyum ceria sambil memandang card di tangan, suatu permulaan yang baik. Jauh di sudut hati aku berdebar-debar, ada sesuatu perasaan aneh telah muncul tiba-tiba. Aku tersenyum lagi seorang diri di tengah-tengah malam gelap disinari samar-samar cahaya lampu ini.

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment