Follower(s)

Aku,abang & Firdaus [Episode 12]

Flisya


Dia memandu laju, fikirannya amat risau ketika ini, saudara kembar tidak seirasnya itu memang tidak dapat dihalang lagi. Hanya seorang yang dirasakannya boleh menyelesaikan kerisauannya ketika ini. Sekurang-kurangnya insan itu boleh menghalang. Mahu dicari Ariry dan Adrix dia tidak tahu di mana mereka tambah-tambah setelah dia hilang jejak kembarnya tempoh hari.

………………………………………………………………………………………………

Tempoh hari…

Berhenti Adaham!!!kamu gila, dia itu anak saudara kamu jugak!!!’ Separuh menjerit Flisya menerangkan. ‘Apa kau buat di sini?Macam mana kau boleh berada di sini?Balik!!’.Marah giler Adaham ketika ini.Rancangannya gagal sudah, musuh di depannya tidak dapat dimatikan, setelah ramai manusia berkumpul mengelilingi orang yang ditembaknya.

‘Adaham…dia tak bersalah, dia tak membunuh abg kita. Lagipun apa yang berlaku cuma salah faham’.Pilu Flisya menerangkan.’Setan 2 orang itu bunuh abg kita, kamu kata salah faham?!Mereka pembunuh tahu tak?! Kerajaan kita hancur disebabkan mereka!' Hampir menjerit dia, marah sungguh pada kembarnya ketika ini, bukan setakat mengagalkan rancangannya bahkan seperti cuba membela musuhnya pula. Ketika ini dia seperti terlupa mahu bertanyakan kemunculan tiba-tiba saudaranya yang entah dari mana.Walhal beberapa hari lepas dia berjumpa saudaranya ini di masa hadapan.

‘Adaham! Tolongla…’Tak sempat Flisya menghabis kata, Pam!! Satu tamparan singgah di pipinya. ‘Sudah! Jgn kau nak buat aku tambah marah lagi! Ingat kalau kau tetap nak menyebelahi musuh kita tu, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau sekali, jalan terbaik adalah jgn masuk campur!’Tegas Adaham menjelaskan, smbil membawa senjata yang dipegangnya dia menuju ke kereta. Sepantas mungkin menghidupkan kereta dan berlalu dari situ.

Flisya bergenang air mata, pipinya amat pedih ditampar saudaranya sendiri. Sudahla dia tiada siapa-siapa lagi kini, satu-satunya saudaranya yang ada telah meninggalkannya. Dia kosong, sedih…air mata yang ditahan jatuh jua.

………………………………………………………………………………………………

Di sebuah taman..’No name Garden’

Entah kenapa taman ini tak bernama, sesiapapun sukar menghuraikan, mungkin pencipta taman ini mahu mencipta kelainan dengan menamakannya taman tanpa nama. Akibat keunikkan namanya dia menerima ramai pengunjung. Pengunjung pun berpuas hati datang ke taman ini kerna kecantikkan dan kenyamanan pokok hijau di taman ini ditambah lagi dengan susun atur taman yang menarik. View di sini pun boleh tahan di samping terbentang tasik buatan di sebelah.

Andrew bersweater lengkap bertopi, dia duduk di kerusi sambil mata memandang-mandang sekeliling. Jiwanya berdebar, tangannya kemas memegang bag violin di sebelahnya. Rasanya orang-orang di situ tidak mengetahui yang di dalam bag itu bukan sebuah violin tapi sebilah pedang keramat milik Andrew. Pedang ini tidak boleh dilihat orang biasa, dia akan mengeluarkannya bila perlu iaitu bila makhluk yang ditunggu-tunggunya tiba.

Dari jauh dia dapat melihat anak lelaki sulungnya sedang menunggu di sebuah bangku tidak jauh darinya. Seorang lagi anak lelakinya menunggu di kereta. Mereka mengatur rancangan ini sebaik mungkin setelah Harry anaknya mendapat perkhabaran makhluk yg bernama Sedus itu akan tiba di sini untuk mengambil sst di tasik ini.Harry mahupun dia tidak mengetahui benda apa yang cuba di ambil di dasar tasik ini.

Puas John dan Harry cuba mengesan apa di dalam tasik itu tapi sia-sia, tiada apa-apa unsur yang menarik minat mereka. Tiada unsur yg boleh mengeluarkan kuasa luar biasa pun.

Harry mendapat perkhabaran dari seoarang pensyarah di kampusnya tempoh hari bila pensyarah itu meramalkan ada suatu makhluk yang bakal menghancurkan bumi akan datang ke tasik ini pada hari ini dalam masa yang tidak diketahui.

Setelah lama menilik akhirnya Harry mendapat tahu bahawa makhluk itu adalah Sedus. Makhluk yg dikurung dan dihalau ke dunia Firna beberapa tahun lalu. Yang peliknya ia dikhabarkan akan datang balik ke sini dan sedang mencari balik orang yang mengurungnya.

‘Ayah, saya terasa sst!’ tiba-tiba aje anak sulung Andrew memecahkan kesunyiaan Andrew. Suara psikik yang hanya boleh didengari Andrew sahaja. Itulah keistimewaan John, dia boleh berkomunikasi tanpa menggunakan handphone pun.

‘Sedus?!’ Andrew bertanya, ‘Tak pasti tapi aura ini makin kuat menuju ke sini’ John menjelaskan perlahan.Dia terasa aura yang tak dikenali meningkat dan menuju ke sini. ‘Terus aware’Pesan Andrew..’Jika ternampak terus inform..’Jelas Andrew lagi. Sambil itu John turut menyampaikan mesej ini pada adiknya Ice yang berada di kereta.

Mereka bertiga berdebar menunggu, dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Keadaan persekitaran masih tenang tiada tanda-tanda kemunculan makhluk yang akan menghancurkan taman serta bumi ini. Orang-orang sekeliling juga masih setia di taman yang indah ini sambil menikmati kenyamanan dan keindahan taman ini.

………………………………………………………………………………………………

Parking, Office Adrix


‘Ariry cepat pergi dari sini, follow Harry, dia akan bawa kamu kepada abg kamu!’ Hally lantang bersuara menyuruh aku pergi dari situ.’Bawa Firdaus sekali’Sekali lagi Hally bersuara.

Aku terpinga dari mana dia tahu nama aku dan Firdaus? Dari gayanya seperti dia mengenali aku. Keadaan persekitaran seperti di landa ribut, sambil itu beberapa langkah dari kami manusia pembunuh itu sedang memperkembangkan kuasa airnya, air yang dipegangnya kali ini bukan calang-calang air. Mungkin dia menyedari orang yang akan ditentangnya ini bukan sebarangan penentang.

Dari belakang muncul seorang remaja yang bercermin mata.Dia menarik tangan aku.Aku terkejut. ‘Come on! There is no time, bahaya di sini, saya akan bawa kamu pada abg kamu’ Harry bersuara. ‘Abg?’ aku tertanya jelas tidak faham, abg ku ke? dia kenal abg aku ke? Soalan yang muncul dari benak sendiri. Beberapa saat tadi perempuan berambut putih itu pun menyebut tentang abg.

‘Awak kenal abg saya?’ Aku bertanya balik. ‘Yup!! Baru aje jumpa dia dua hari lalu’Harry menjelaskan.Aku bertambah hairan.Firdaus menghampiri kami. Angin bertiup garang di sekeliling, nampaknya perempuan berambut putih itu bakal memperhebatkan serangannya nnti.


No comments:

Post a Comment