Percutian yang best! Itu yang boleh Adri cakapkan dan rasai kini.Bersama dia buat Adri gembira dan bahagia, serasa Jesse miliknya kini dan bukan milik orang lain.Hati mereka sama-sama dimiliki dan cinta mereka tak mungkin dikhianati.
Hari-hari yang dilalui Adri serasa puas walau masa cepat mencemburui keseronakkan mereka untuk bersama dan bergembira. Tinggal satu hari lagi dan esok mereka akan berangkat ke New D tempat mereka bekerja dan tinggal.Maka berakhirlah saat indah mereka ini.
Serasa malas saja Adri untuk pulang, mahu sentiasa berada dalam dangkapan Jesse, itu adalah impian Adri sepanjang masa di pulau ini. Jesse pula menjaga Adri sebaik mungkin tanpa ada rasa erti jemu,sehingga perasaannya sendiri seperti diabaikan.
“Woit! Mengelamun apa?” Jesse yang baru selesai aja mandi menegur Adri mengejut, mungkin aneh melihat Adri tersenyum sorang-sorang. “Bahagia nampak?Ingat sape tu?” Sambil mengelap badannya yang kebasahan dan sibuk mencari baju dia cuba mengusik Adri.
“Ha..ha..ha..ingat sape ekk?” Adri mula mengada-ngadakan diri beriak menarik perhatian Jesse. Namun entah macam mana Adri yang mahu bangun bergerak ke bilik air dipeluk dari belakang, tanpa segan Jesse mencium leher comel Adri. Tanda sayang, tanda cintanya yang entah mungkin kali keberapa entah.
Mungkin Adri bahagia dengan belaian itu namun kadang-kadang jua takut, takut tidak mungkin membahagiakan insan di depan matanya ini. Lelaki ini terlalu baik dan kacak untuk ditolak oleh dia mahupun sesiapa, mungkin bodoh Adri jika melepaskan insan seperti ini. Sudahlah kacak,baik,kaya pulak tu.
Tetapi ada juga dugaan melanda selama mereka bersama, Adri terasa family Jesse tidak mengemari keakraban mereka. Pernah sekali terserempak dengan ayah Jesse itu pun sekejab disalami dan kemudian seperti tidak dipedulikan. Jesse pula asyik memenangkan Adri kerna dia ada mendengar mereka pernah bergaduh hanya kerananya. Untuk tidak merisaukan Jesse,dia langsung tidak menyebut akan hal keluarga Jesse. Kadang-kadang Adri cuma berserah dan berharap hubungan mereka direstui. Jua berharap kegembiraan dia tidak diragut. “Wooo…busuk lol,lum mandi agi nih” manja Adri cuba meloloskan diri dari Jesse. Segan dengan Jesse yang baru selesai mandi dan wangi. “Tak kisah! Abang lagi suka!” selamba Jesse melontar kata dan disambut senyuman manis Adri. Perlahan Adri bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas ini mereka akan bergerak ke Jack Hill Park Q untuk membeli sedikit barang kenangan selama bercuti di sini.
Dari jauh kendengaran h,set milik Jesse berbunyi, sepantas itu Jesse mengambil. Berkerut melihat panggilan dari seseorang. Lama orang ini tidak menghubunginya.
“Baik…aku sihat aje, lama menghilang? Sombongkan ko?!’’ Jesse tersengeh senyum menjawab panggilan seseorang dari sana. Mereka berbual dan senang Jesse menerima panggilan itu. “Apa! Ko biar betul? Aku baru je jumpa Izam tiga hari lepas,dia ok je! Tak cakap kat aku apa-apa pun.Ko ni menakutan aku la…” Berkerut dahi Jesse, tidak sangka cinta sejati kawan baiknya sudah berakhir begitu sahaja,kalau dulu hubungan mereka seperti yang paling didambakannya,kini sebaliknya yang berlaku.
Panggilan dari sana….
“Entahla Jesse, takde jodoh kot! Aku malas mahu fikir…ko kat mana nih? Aku nak jumpa ko?” agak sebak insan ini menerangkan.Apa yang berlaku telah melemahkan semangatnya. Dia mahu berjumpa Jesse, mungkin buat waktu ini dia mahu bersama seseorang yang benar-benar memahaminya dan disenanginya.
Lama mereka tidak ketemu akibat kesibukkan kerja, kalau dulu setiap minggu berjumpa untuk berjimba sana sini. Namun masa dan ruang tiada sebab masing-masing suntuk dengan kerja, mereka seperti terhilang contact buat sementara waktu, sehinggalah hari ini dia menghubungi Jesse dengan perkabaran yang menyedihkan dirinya.
Tiba-tiba…
“Awak…saya mahu bercakap dengan awak sekejab” Insan ini terpampang, tak sangka orang ini yang berdiri di depannya kini.Sangkanya orang inilah yang terakhir mungkin dijumpainya buat masa kini namun sebaliknya yang berlaku.
“Jesse, I’ll call u back! I have to settle something first” Insan ini bersuara.
Tanpa sempat ucapan selamat tinggal panggilan h,set pada Jesse dibatalkan. Mukanya merah tiba-tiba, perasaan dia berbaur kini….terkejut pun ada.
“Awak….” Izham melafaz perlahan.
BERSAMBUNG…